in

Dekorasi Dewan Pengantin Roboh Gara2 Anak Kecil Bermain, Netizen Luah Rasa Kesal

Gambar kanak-kanak sekadar hiasan.
Gambar kanak-kanak sekadar hiasan.

Anak-anak kecil bak kain putih, ibubapa harus mencoraknya dengan baik. Orang kata didiklah anak-anak dari rumah. Ajar bagaimana untuk menghormati orang lebih tua, ajar cara untuk menjaga tatatusila bila di luar rumah lebih-lebih lagi di majlis orang.

BACA: Cukup Kreatif! Lelaki Ini Ubah Suai Bonet Keretanya Menjadi ‘Kedai Kopi’

Jika tidak didik sejak kecil, mulalah macam-macam hal yang tidak berapa ‘manis’ berlaku ketika berada di luar rumah. Ini yang berlaku di dewan perkahwinan yang tular sejak dua hari lalu.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, NasirPasir, dia meminta orang ramai untuk menjaga dan memerhatikan tindak tanduk anak-anak kecil ketika di majlis perkahwinan.

Perkongsiannya ini adalah rentetan dari luahan perancang majlis perkahwinan yang menunjukkan dekorasi di dewan runtuh gara-gara anak-anak kecil bermain berlari-berlari.

EDbxfiUU8AU_p11

EDbxfiUUcAEbrb5

Kisah ini meraih perhatian ramai dengan 8,500 retweets dan 3,400 likes. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan nasihat ini dan berkongsikan pendapat mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Jenis mak ayah jerit ‘jangan!’ tapi tangan tetap pegang phone….”

dekorasi dewan kawin runtuh 1a

“Pantang gila mak bapak macam ni eeeish”

dekorasi dewan kawin runtuh 2

Ada juga yang mencadangkan beberapa perkara untuk elakkan dari perkara sebegini terjadi.

dekorasi dewan kawin runtuh 3

Sumber: NasirPasir

kedai kopi bonet kereta main

Cukup Kreatif! Lelaki Ini Ubah Suai Bonet Keretanya Menjadi ‘Kedai Kopi’

0d14

Jangan Terkejut, Langkah Anda Untuk Jadi Instagram Influencer Sangat ‘Mudah’ Hanya Dengan HUAWEI Nova 5T