in ,

Facebook Sedang Bangunkan Teknologi AI Untuk Dijadikan Perunding Fesyen Di Alam Maya

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Berpenampilan kemas dan sesuai dengan lokasi dan acara adalah satu keperluan untuk meningkatkan keyakinan diri. Kadang-kadang biarpun baju penuh satu almari, tapi bila mahu keluar ke kelas mahu pun ke sesi temu duga rasa tidak tahu mahu pakai baju apa.

BACA: Video Wanita Beli Air Dari Mesin ‘Gedegang’ Guna Teknologi Pengecaman Muka Buat Ramai Kagum!

Namun hari ini mencari inspirasi untuk berpakaian bukanlah sesuatu yang sukar. Lihat sahaja di sosial media, ada pelbagai idea untuk dijadikan contoh buat anda.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Tambahan pula tidak lama lagi Facebook bakal perkenalkan ciri kecerdasan pintar (AI) yang boleh dikatakan perunding imej buat anda.

Menurut laporan Metro, syarikat Facebook kini masih dalam proses ujikaji menggunakan ciri teknologi AI yang membolehkan beri pendapat penggunaan pakaian dan aksesori buat anda.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Ciri teknologi AI itu diberi nama Fashion++ dan menurut jurucakap projek berkenaan, ia sesuatu yang mengujakan kerana tidak lama lagi kita akan ada Coco Chanel versi robot.

Siapa yang tidak mahu nasihat penggayaan pakaian dari ikon fesyen bukan? Namun biasalah jika nama pun teknologi, belum tentu lagi ia akan berjaya sepenuhnya. Sama-sama kita nantikan ya!

Sumber: Metro

kit-kats2-600×900-tile

Dengan Lebih 300 Perisa, Kit Kat Telah Menjadi Budaya Di Jepun Yang Dianggap Membawa Tuah

scda

Atuk Ini Tak Menyesal Termakan Cat Yang Disangka Yogurt Kerana Rasanya Lebih Sedap