in

OMGOMG WTFWTF

Gadis Berusia 16 Tahun Ini Dinobatkan ‘Miss World Japan’ Cetus Kontroversi

miss world japan 2019 main

Baru berusia 16 tahun, gadis ini berjaya mengalahkan peserta lain dengan kecantikan dan kebijaksanaannya sehingga dimahkotakan Miss World Japan 2019.

BACA: Bella Astillah Payung Video Menyanyi & Menari, Banyak Bakat Terpendam Jadi Idola Peminat!

Marika Sera, gadis yang masih belajar di sekolah menengah itu dinobatkan Miss World Japan 2019 dalam acara yang diadakan baru-baru ini. Kemenangannya itu mengalahkan 30 peserta lain.

d15336-12-655176-1

Bagaimanapun, keputusan juri itu mencetuskan kontroversi kerana usia Marika yang belum mencapai 18 tahun dan ketinggiannya hanya 1.59 meter. Kriteria fizikal untuk menyertai Miss World semestinya perlu tinggi dan usia 18 tahun dan ke atas. Namun Jepun menerima penyertaan Miss World Japan dari usia 16 tahun hingga 28 tahun.

miss world japan 2019 1

Namun Marika berjaya menarik perhatian juri dengan kelebihan yang ada padanya sehingga dia berjaya dinobatkan anugerah ini. Wajahnya yang ayu, bermata bulat dan kulit putih bersih menjadi kelebihan buat gadis ini.

Bila ditanya mengenai faktor kemenangan utamanya, Marika dengan yakin menjawab, “saya miliki keinginan yang kuat untuk hidup.”

EC-TmY9UcAAF0lm

Kini Marika masih sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan juga model. Miss World Japan 2019 turut mengumumkan Marika mahu jadi model yang berpengaruh di masa depan dan menggunakannya untuk menyebarkan perkara positif kepada dunia.

4A2GZEYREFJapan-02

Kemenangan Marika ini juga melakar sejarah dengan menjadi Miss World Japan paling muda.

Biarpun begitu, beberapa media di Jepun turut melaporkan kemenangan Marika ini adalah sangat tidak logik hanya kerana usianya itu.

Sumber: Theworldnews

negaraku di restoran main

Restoran Ini Pasang Lagu Negaraku, Semua Pelanggan Berdiri Hormat. Syabas Anak Malaysia!

69833996_1164656693721207_2926061420561027676_n-tile

“Kekasihku Mau Bertunang, Sumpah Sedih…”- Naim Daniel Bertunang?