in ,

WTFWTF

Gara2 Pakai Mekap Ke Sekolah, Cikgu Lelaki Ambil Tindakan ‘Cuci’ Muka Pelajar

page

Solekan adalah sesuatu perkara yang sangat diambil berat dan diterima masyarakat pada zaman ini kerana ia dapat mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata dan memberi mereka keyakinan diri.

BACA: Raih Lebih 184 Ribu Tontonan, Persembahan Tarian Pelajar Ini Ramai Kata “Padu Terok!”

Namun ia tidak menghalang seorang guru lelaki dari China ini untuk mengajar pelajar perempuan di sekolahnya bahawa solekan tidak dibenarkan dipakai di sekolah.

Dalam satu video yang tular, guru tersebut dilihat merendamkan kain ke dalam baldi berisi air dan mengelap mekap dari muka pelajar perempuan yang sedang berbaris di hadapannya.

Selain dikatakan menggunakan cara yang kasar, dia juga kedengaran mengatakan bahawa ‘pelajar patut mempunyai rupa seperti pelajar’ dalam rakaman itu.

Guru besar sekolah itu, Mr. Lu berkata kepada sumber bahawa mereka patut memberi pelajar panduan positif terhadap larangan itu kerana pelajar yang memakai solekan akan menarik perhatian dan mempengaruhi pelajar lain.

Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen China di mana ada yang setuju dengan tindakan cikgu lelaki itu, namun ada juga yang merasakan cikgu itu tidak menghormati pelajar kerana cara dia menanggalkan mekap pelajar-pelajar itu adalah tidak bersih sedangkan terdapat tandas di sekolah.

Sumber: South China Morning Posts

bella astillah

“Sebab Kurg Byg…”- Bella ‘Payung’ Video Bersama Anak, Peminat Pula Rasa Sedih

mira

Foto Sufian & Anak Bikin Peminat Cair, Wajah Baby Faeq Dikatakan Iras Mira Filzah