in

Ibu Dedah Anak Angkat 9 Tahun Yang Diambil Sebenarnya Berusia 22 Tahun

PRI_85511755-e1569340868124-tile

Sepasang suami isteri yang ditahan kerana ‘mengabaikan’ anak angkat mereka yang berusia 9 tahun mendakwa budak perempuan itu sebenarnya seorang gadis dewasa berusia 22 tahun.

BACA: Budak Lelaki Ini Kecewa Ikan Emas Kesayangannya Mati Selepas ‘Dibelai’

Kristine Barnett, bersama bekas suaminya Michael Barnett mengambil Natalia Grace, seorang gadis kerdil dari Ukraine pada tahun 2010 ketika gadis itu dipercayai berusia 6 tahun.

PRI_85511914

Pada tahun 2013 mereka meninggalkan Natalia sendirian di sebuah flat di Indiana sebelum berpindah ke Kanada. Akibatnya pasangan itu ditahan atas tuduhan melakukan pengabaian.

AAHJl5F

Namun Kristine melaporkan bahawa Natalia sebenarnya berusia 22 tahun ketika dia diambil sebagai anak angkat mereka, dan kini berusia 30 tahun.

Antara bukti yang dikemukakan oleh Kristine adalah anak angkatnya itu mengalami haid, mempunyai gigi orang dewasa, dan bulu di bahagian sulitnya. Malah gadis kerdil itu juga tidak pernah membesar dan menggunakan ayat-ayat orang dewasa dalam pertuturannya.

PRI_85542084-e1569340634884

Apabila mereka meminta membuat ujian ketumpatan tulang, doktor mengesahkan bahawa Natalia sekurang-kurangnya berusia 14 tahun. Dia juga mengalami masalah psikologi yang hanya dialami orang dewasa.

Screenshot-2019-09-24-at-15.34.11

Kristine turut berkata Natalia pernah melompat keluar dari kereta, meletakkan darah di cermin dan dia pernah menangkap gadis itu meletakkan peluntur ke dalam minumannya. Natalia juga pernah cuba mengheretnya ke pagar elektrik menyebabkan dia di masukkan ke hospital sakit jiwa.

PRI_85511755-e1569340868124

Walaupun begitu, keluarga tersebut masih membantu gadis itu mendapatkan rawatan psikiatri dan membiayai sewa rumahnya selepas dia dibebaskan.

Namun Natalia kemudian menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan keluarga itu.

Sumber: LADBible

ibu-dan-anak_20171204_134358-tile

Kajian Menunjukkan Perempuan Akan ‘Bertukar’ Menjadi Ibu Mereka Bermula Usia 33

q

Tonton Filem Korea, Reaksi Tidak Puas Hati Lelaki Ini Bikin Netizen Berdekah