in

Ingin Jadi Seperti Bapa, Budak Perempuan Sambut Hari Jadi Sebagai ‘Mekanik’

67836758_10220303658884141_3704529908366573568_n-tile

Biasanya kanak-kanak ingin hari jadi mereka dihiasi dengan watak-watak kartun kegemaran mereka atau haiwan-haiwan comel dan berwarna-warni seperti unicorn, pony, dan ikan duyung.

BACA: Influencer Pelancongan Tambah ‘Awan’ Ke Dalam Gambar, Netizen Beri Komen Lucu

Tetapi berbeza pula dengan seorang kanak-kanak perempuan ini yang menyambut hari jadinya pada 9 Ogos sebagai seorang mekanik, lengkap dengan baju seragam overall berwarna biru dan sebuah kereta kecil berwarna merah jambu.

67794863_10220303660724187_1539164834044575744_n

Londyn yang berusia 2 tahun dikatakan gemar memerhatikan dan meniru aksi bapanya Devante yang merupakan seorang mekanik. Dia selalu ingin membantu bapanya melakukan kerja-kerja membaiki kereta, dan akhirnya impian kanak-kanak itu tercapai.

68269179_10220303658044120_3075614011807498240_n

67836758_10220303658884141_3704529908366573568_n

Berkongsikan hari istimewa itu di Facebook, gambar Londyn bersama bapanya sama-sama membaiki kereta menjadi tular dan rata-rata netizen memuji keluarga itu kerana mendorong minat anak mereka.

68317763_10220303659404154_1694289006847590400_n

Menurut Devante, setelah digayakan seperti mekanik, anak perempuannya itu terus leka dan berkali-kali meminta sepana dari bawah kereta mainannya sehingga dia tidak perasan gambarnya diambil.

67292463_10220303659084146_1709680249786073088_n

67810537_10220303658284126_5077738348555010048_n

Lebih menarik, Devante turut dapat menyambut hari jadinya bersama Londyn pada hari itu dengan tema yang sama memandangkan tarikh lahir anak beranak itu hanyalah selang sehari.

Sumber: People, Facebook

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

ben2

Lisa Payung 9 Foto Berbeza, Bertudung Ungu Jadi Perhatian ‘Sebijik’ Ben Amir!

page

Kampung Di Filipina Tawar 2.2 Kg Beras Untuk Ditukarkan Dengan 200 Ekor Nyamuk