in ,

KFC Terbitkan Pemainan Simulasi Dengan Watak Anime Colonel Sanders!

ks-2-tile

Umum pasti telah sedia maklum bahawa ayam goreng KFC adalah resipi daripada seorang usahawan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Kolonel Sanders.

BACA: Dipersoal Guna Golongan OKU Sebagai Strategi Perniagaan, Burger King Bidas!

Baru-baru ini Kolonel Sanders telah dijadikan sebagai watak utama dalam sebuah permainan simulasi yang dikeluarkan oleh KFC.

Dalam dating game ‘I Love You, Colonel Sanders!’ yang direka dalam bentuk anime itu, Kolonel Sanders merupakan seorang pelajar kulinari, manakala pemain akan memainkan peranan sebagai seorang chef yang yang menghadiri akademi memasak bersama Kolonel Sanders.

Pemain akan berhadapan dengan pilihan-pilihan yang akan memberi kesan kepada persahabatan di samping mencuba untuk memenangi hati Kolonel Sanders yang kacak lagi berbakat dan untuk menjadi rakan kongsinya.

ks-6

Antara yang disenaraikan dalam permainan ini adalah 9 watak sampingan, peluang untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan Kolonel Sanders, pertempuran memasak, usaha memperoleh ijazah kulinari, pengakhiran rahsia serta resipi rahsia Kolonel iaitu 11 herba dan rempah ratus.

ks-4

ks-5

Bagi yang tidak sabar untuk melalui pengalaman ‘sedap sehingga menjilat jari’, permainan itu akan dilancarkan pada 27 September dan boleh dimuat turun dari laman web Steam.

Sumber: KFC

burger-king-special-crew-response-5d71fddfc81d1__700-tile

Dipersoal Guna Golongan OKU Sebagai Strategi Perniagaan, Burger King Bidas!

uk-mom-of-10-boys-finally-has-a-girl-5d760a0fea433__700-tile

Selepas 10 Anak Lelaki, Ibu Ini Akhirnya Melahirkan Anak Perempuan Pertamanya