in

Kisah Sebenar Di Sebalik ‘Mak Cik Grab’ Yang Tular…

Grab Misnah main

Setiap orang mungkin alami ujian dariNya dalam meniti perjalanan hidup. Tidak semua alami masalah yang sama dan tabah menghadapinya. Namun semangat seorang wanita berusia 60 tahun ini buatkan ramai yang kagum.

BACA: “Ramai Org Bertanya… Betul Ke Bila Org Sakitkan Hati Bidadarinya…”- Ebit Lew

Sejak seminggu lalu kisah mengenai seorang mak cik yang bekerja sebagai pemandu Grab biarpun sudah agak berusia meraih simpati ramai. Kisah mengenainya mula tular selepas dikongsikan oleh personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya di Facebook.

Coretan Labuan. Pemandu grab wanita usia 60an. Suami uzur kanser usus dan glaukoma. Anak sulung OKU ( mental )….

Posted by Fedtri Yahya on Friday, September 6, 2019

Bawa Grab demi tanggungjawab

Menerusi laporan Harian Metro, mak cik yang bernama Misnah Chuminin itu bekerja sebagai pemandu Grab untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Semua yang dilakukannya adalah demi kelangsungan hidup dan rasa tanggungjawab pada suaminya yang menghidap kanser usus selain seorang anak lelakinya yang kurang upaya berusia 31 tahun.

Pihak Baitulmal MAIWP menjalankan tanggungjawab mereka. Kredit foto: FB MAIWP
Pihak Baitulmal MAIWP menjalankan tanggungjawab mereka. Kredit foto: FB MAIWP

Turut dibantu anak bongsu

Berat mata memandang berat lagi mahu yang memikul, namun dia bersyukur kerana anak bongsunya, Mohd Firdaus, 27 turut membantu meringankan beban dengan bekerja sebagai penghantar barang.

Berkongsi mengenai kisah hidupnya, Misnah mula menjadi pemandu Grab setahun yang lalu selepas suaminya menghidap kanser tahap tiga dan sukar untuk membuat kerja berat.

Gambar Misnah yang tular. Kredit foto: FB Fedtri Yahya
Gambar Misnah yang tular. Kredit foto: FB Fedtri Yahya

Keadaan suaminya itu menyebabkan dia sukar untuk medapat kerja dan Misnah mula mencuba nasib dengan mendaftar sebagai pemandu Grab. Biarpun sudah agak berusia, Misnah sendiri tidak kekok untuk bekerja kerana sudah biasa melakukan pelbagai kerja dari muda.

Pendapatan tidak seberapa tapi lepas belanja harian

Dengan pendapatan memandu Grab, Misnah mampu menyediakan makan minum harian keluarganya biarpun tidak seberapa. Ini kerana dia tinggal di Labuan dan menurutnya dia hanya boleh dapat lebih jika pada musim cuti.

Mujurlah anak bongsunya yang juga turut bekerja dapat meringankan beban serba sedikit.

Sumber: Fedtri Yahya / Harian Metro

sajat0

“Sodap Plk Den Dongor”- Sajat ‘Karaoke’ Lagu Tokti, Suara Bikin Pengikut IG Terkejut!

game leftenan adnan main

‘Game’ Dengan Watak Utama Leftenan Adnan Direka Pelajar MMU. Hebat!