in ,

Lelaki Ini Cipta ‘Helikopter’ Dari Enjin Motosikal Terpakai & Bahan Buangan, Tapi Hasilnya…

bina helikopter guna enjin motor main 2

Baru-baru ini tular dengan satu video yang memaparkan seorang lelaki menghidupkan ‘helikopter’ hasil ciptaan dan rekaannya menggunakan bahan terpakai. Memang nampak unik dan inovatif!

BACA: Pelajar Kini Berinovasi Tinggi, Hidupkan Motor Guna Aplikasi Dan Kad Buat Ramai Kagum!

Menerusi MSN, lelaki tersebut adalah anak kepada seorang tukang kebun di sebuah kampung di India. Dia membinanya menggunakan bahan terbuang dan enjinnya pula dari motosikal.

Dalam video tersebut kelihatan orang kampung berdiri berhampiran rekaannya untuk melihat sendiri hasil anak muda itu.

Orang kampung melihat percubaan Chetram menerbangkan helikopternya.
Orang kampung melihat percubaan Chetram menerbangkan helikopternya.

Bagaimanapun helikopter rekaan lelaki yang bernama Chetram Gurjarfrom tidak berjaya diterbangkan. Namun enjin dapat dihidupkan.

Chetram adalah seorang pelajar di Industrial Training Institute (ITI) dan menurutnya belajar di sana sambil membina helikopter ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Cubaan Chetram menerbangkan helikopternya tidak berjaya.
Cubaan Chetram menerbangkan helikopternya tidak berjaya.

Tonton videonya di bawah:

Apa pun ia satu usaha dan pencapaian yang agak membanggakan buat anak muda yang membesar dari sebuah kampung kecil yang memiliki populasi penduduk lebih kurang 2,000 orang ini.

Sumber: MSN

Insan Terpilih main

Syazwan Zulkifli Ucap Terima Kasih ‘Insan Terpilih’ Cecah 1.1 Juta Tontonan Di Youtube!

Gambar sekadar hiasan.

Elak Pelajar Ponteng, Sekolah Di Kedah Ini Guna Sistem Pengecaman Wajah Untuk Kehadiran. Hebat!