in

Lelaki Ini Dakwa Miliki 32 Ijazah Dan Digelar ‘Si Pemborong Ijazah’. Luarbiasa Kebijaksanaannya!

welin kesuma main

Memiliki satu atau dua ijazah mungkin satu kebiasaan di Malaysia. Namun berbeza buat seorang lelaki yang berasal dari Makassar, Indonesia ini. Dia miliki 32 gelaran akademik.

BACA: Restoran Ini Pasang Lagu Negaraku, Semua Pelanggan Berdiri Hormat. Syabas Anak Malaysia!

Sejak 1999, Welin Kusuma menyambung pengajiannya di universiti. Belajar bagi menghilangkan bosan, lelaki berusia 38 tahun ini belajar dalam beberapa bidang pengajian dalam satu-satu masa.

Sehingga kini jika ditulis nama penuh bersama gelaran akademiknya itu, ia akan menjadi panjang seperti ini:

Welin Kusuma, S.T., S.E., S.Sos., S.H, S.Kom., S.S., S.Ap., S.Stat., S.Akt., S.I.Kom., S.I.P., M.T., M.S.M., M.Kn., RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA.

Wow, panjang betul jadi namanya ini!

Bagaimanapun gelaran ini semua tidak diperolehi ketika menghadiri kuliah tetapi dicampur bersama pensijilan kepakaran beliau yang dikategorikan sebagai ‘pendidikan profesional’.

Welin bersama kesemua pengikirafan pendidikannya.
Welin bersama kesemua pengikirafan pendidikannya.

Ini menjadikan Welin memiliki 11 sarjana muda, 3 sarjana dan 18 darjah pendidikan profesional.

Menurut Welin, dia gemar belajar di masa lapangnya. Malah sejak di sekolah lagi dia sudah belajar subjek luar dari pembelajarannya di sekolah seperti komputer, bahasa inggeris, akauntan dan lain-lain lagi.

Salah satu foto kenangan ketika bergraduasi.
Salah satu foto kenangan ketika bergraduasi.

Disebabkan hobi belajarnya itu dia mula mendapat idea untuk menyambung pelajaran dengan mengambil 3 jurusan sekali gus dalam satu masa di beberapa universiti berbeza.

Welin seorang lelaki yang boleh dikatakan genius!
Welin seorang lelaki yang boleh dikatakan genius!

Malah sehingga kini Welin masih bergelar pelajar dan tidak lokek dengan ilmu yang ada padanya. Dia juga mempunyai beberapa pekerjaan seperti tutor persendirian, penceramah motivasi di sekolah, peniaga dan jurucukai.

Sumber: cnbcindonesia / vice.com

69833996_1164656693721207_2926061420561027676_n-tile

“Kekasihku Mau Bertunang, Sumpah Sedih…”- Naim Daniel Bertunang?

page

Dari Boroi Ke Sado, Lelaki Ini Hanya Bersenam Selama 4 Minit Setiap Hari Dalam Masa 5 Bulan