in ,

Lelaki Ini Tak Sangka Jumpa ‘Doppelganger’ Di Majlis Kahwin Rakan, Sampai Baju Pun Sama!

0_PAY-JS1921168081-tile

Bertemu doppelganger atau orang yang kelihatan serupa dengan kita tentunya dapat menimbulkan pelbagai perasaan, sama ada janggal, kelakar, mahupun seram.

BACA: Suara Lelaki Ulas Bola Sepak Malaysia VS UAE Melalui Instagram Ini Dipuji Ramai, Dah Macam Tengok TV!

Bagi seorang lelaki bernama Azly Yusuf pula, dia bersama rakan-rakannya tidak dapat berhenti ketawa apabila terserempak dengan ‘klon’ di majlis perkahwinan rakannya.

Semasa sesi bergambar, rakan Azly, Amir Zulfadhli Zulkifly, 30, menyedari terdapat tetamu lain yang kelihatan seperti dia di majlis itu.

Lebih menarik, kedua-dua pelanduk dua serupa itu memakai baju merah dan bercermin mata disamping mempunyai bentuk tubuh dan gaya rambut yang sama.

0_PAY-JS1921168081

Dalam rakaman yang dikongsikan, Azly kelihatan terhibur melihat dari jauh kembarnya yang sedang bergambar dengan pengantin.

Malah apabila dia berpusing pada kamera ketika kembarnya juga sedang mengambil gambar, rupa mereka memang nampak saling tak tumpah, sehingga ramai tetamu yang geli hati.

0_PAY-JS1921169091

Sumber: Facebook

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0_Kate-Cunningham (1)-tile

Wanita Kahwini Pokok Dengan Bantuan Keluarga Untuk Bantah Aktiviti Pembinaan

sharnaaz8

“Ba Mintak Maaf Sayang…”- Sharnaaz Kongsi Video Anak, Ramai Doa Buatnya!