in ,

Majikan Salah Masuk Gaji, Bekas Pekerja Enggan Pulangkan Semula Wang

E8872A80-96BE-4D94-8C91-801C1C63F3BC-tile
Foto sekadar hiasan

Dengan perkembangan internet, pemindahan wang menjadi lebih mudah kerana orang ramai tidak perlu beratur di bank atau mencari mesin ATM berdekatan untuk mengirim wang kepada sesiapa sahaja.

BACA: “Bila Allah Tarik Satu, Dia Akn Bagi Yg Lebih Baik. Terima Kasih…”- Haneesya Hanee

Tetapi kemudahan ini kadang kala membuat kita terlalu selesa sehingga mudah untuk melakukan kesilapan, salah satunya adalah tersalah masukkan wang ke dalam akaun orang.

atm
Foto sekadar hiasan

Itulah yang terjadi kepada sebuah kilang di Pahang apabila pengurus sumber manusia syarikat itu tersalah masukkan duit gaji sebanyak RM5,161.48 dan RM2,138.08 ke dalam akaun dua orang pekerja yang telah berhenti 2 bulan sebelumnya.

Sejurus menyedari kesilapan itu, syarikat berkenaan telah menghubungi dua bekas pekerja itu untuk meminta mereka memulangkan semula wang yang mereka terima, namun 2 orang lelaki tersebut tidak mahu bekerjasama.

Untitled-2
Foto sekadar hiasan

Berikutan itu pihak syarikat terpaksa membawa perkara itu ke pengetahuan pihak berkuasa di mana ia kini disiasat sebagai kes jenayah di bawah seksyen 406 atas tuduhan pecah amanah.

Jadinya kita perlulah berhati-hati apabila melakukan perbankan online, dan jika ada yang tiba-tiba menerima sejumlah wang dari akaun tidak dikenali, jangan guna dahulu dan bersedia untuk pulangkan kepada pemiliknya.

Sumber: NST

sdcs

Dapat 20K Sokongan, Lelaki Ini Akan Cabar Diri Bermalam Di Hotel ‘Berhantu’

EE3vG8LU4AA9Vpt-tile

Pelajar Dari Malaysia Adalah Orang Pertama Yang Memiliki iPhone 11 Di Singapura