in ,

Memperkenalkan Anak Kucing Klon Pertama Dari China, Garlic 2.0. Wow, Hebat!

garlic cat clone main

Luar biasa teknologi zaman sekarang ini. Sampaikan anak kucing kesayangan pun boleh diklonkan. Bukan biasa-biasa tau!

BACA: Membesar Cara Berbeza Dengan Kanak-Kanak Lain, Adi Si Genius Matematik Kongsi Kisah Kehidupanya…

Di Beijing, seorang lelaki kehilangan kucing peliharaannya yang diberi nama Garlic dan ianya adalah dari baka British Shorthair. Disebabkan itu dia sangat sedih dan sanggup berbelanja demi mendapatkan Garlic 2.0 (kucing yang diklonkan).

Garlic 2.0 ini dihasilkan oleh sebuah firma China, Sinogene dan ia adalah yang pertama berjaya diklonkan oleh syarikat itu pada 21 Julai lalu.

cat-clone-179

Harga bagi mengklonkan seekor kucing adalah kira-kira 250,000 yuan (RM147,000). Sehingga kini firma itu menghasilkan lebih 40 anjing klon menerusi prosedur yang menelan belanja 380,000 yuan (RM223,000).

Wow, bukan murah ya harga untuk membuat klon haiwan peliharaan ini! Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sinogene, Mi Jidong, biarpun harga yang ditetapkan agak mahal, namun bukan semua pelanggan mereka adalah dari golongan yang berpendapatan tinggi.

11483046-3×2-700×467

Tapi disebabkan proses pengklonan ini dapat memenuhi keperluan emosi generasi muda yang kehilangan haiwan tersebut, maka pelanggannya sanggup berbelanja besar.

Menurut pemilik Garlic, Yu, 23, dia tidak dapat menerima hakikat apabila kehilangan kucingnya itu dan dia sangat sedih dan kerana ianya berlaku secara mengejut. Malah dia turut menyalahkan dirinya kerana tidak sempat membawa Garlic ke hospital dengan cepat.

cat-clone-179 2

Tambahnya lagi, dia berpuas hati dengan hasil klon haiwan kesayangannya itu kerana ia 90 peratus sama dengan Garlic yang asal.

Sumber: Unilad

page

Ben Amir Bagi Nasihat Tentang ‘Jerebu’, Hazeman Huzir ‘Terasa’ Buat Netizen Terhibur

Print

Gadis Idola Guna Imej Comel Untuk Bantu Pasarkan ‘Snek Serangga’ Kepada Penduduk Tokyo