in ,

Pelakon Realiti TV Hasilkan Semula Iklan ‘Kening Menari’ Dari Cadbury, Ramai Terhibur

page

Ingat lagi iklan ikonik dari Cadbury yang menampilkan dua orang kanak-kanak sedang duduk di hadapan kamera sambil membuat kening mereka bergerak mengikut rentak muzik?

BACA: Cadbury Keluarkan ‘Pembalut Khas’ Untuk Beri Kesedaran Terhadap Kesunyian Warga Emas

Baru-baru ini 2 orang pelakon rancangan mencari jodoh popular UK, Love Island, Chris Taylor dan Francesca Allen telah menghasilkan semula video berusia 10 tahun itu sehingga mencuri perhatian ramai disamping membangkitkan rasa nostalgik.

Selain meniru imej kanak-kanak di dalam video asal, ‘tarian kening’ Chris dan Francesca dalam video yang dimuat naik ke Instagram itu juga dipuji ramai kerana tidak semua orang dapat melakukan aksi seperti itu.

Rata-rata netizen dan rakan artis yang meninggalkan komen untuk video berkenaan terhibur dengan persembahan kedua-dua pelakon itu terutamanya apabila mereka dilihat cuba untuk menahan diri daripada ketawa.

Sumber: Instagram

page

Gara2 Putus Cinta, Lelaki Racun 49 Ekor Ikan Dengan Pelembut Pakaian

hairul

“Anak Paskal..”- Hairul Buat Muka Hairan, Puteri Baru 3 Bulan 16 Hari Tapi Kuat!