in

Peluang Dapat Kekasih Lebih Tinggi Mesej Guna Emoji – Kajian

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Hari ini komunikasi manusia lebih banyak berlaku menerusi teknologi terkini. Antara contohnya adalah dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas seperti WhatsApp dan Telegram mahu pun e-mail.

BACA: ‘Game’ Dengan Watak Utama Leftenan Adnan Direka Pelajar MMU. Hebat!

Menggunakan perkhidmatan ini dikatakan dapat menjimatkan kos dan lebih menarik dengan penggunaan pelbagai emoji bagi menunjukkan pelbagai emosi perasaan.

Bukan itu sahaja, buat yang masih ‘solo’ menggunakan emoji menerusi mesej yang dihantar mungkin dapat tingkatkan kemungkinan untuk anda mendapat kekasih. Wow!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Ini adalah menerusi satu kajian yang dilakukan oleh Institut Kinsey yang melibatkan lebih 5,000 individu.

Hasil kajian ini menunjukkan pengguna yang kerap menggunakan emoji lebih mudah mendapat kekasih.

Menurut pengkaji dalam kajian ini, kebanyakan individu yang menggunakan emoji dalam mesej mereka tidak sedar akan perkara ini. Menggunakan emoji sebenarnya mampu menarik perhatian orang lain ketika berkomunikasi kerana mereka mampu menonjolkan kecekapan emosi seseorang itu.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Bagaimanapun, menggunakannya perlulah secara berhemah dengan memilih emoji yang sesuai kerana kadangkala pemilihannya yang salah boleh memberikan pemahamam maksud yang berbeza.

Jadi buat sesiapa yang masih bujang dan tidak mempunyai kekasih bolehlah cuba inisiatif ini. Mana tahu mungkin gadis idaman anda itu boleh terpikat dengan cara inikan?

Sumber: Mirror

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

zao-deepfake-face-app-main

Tular Aplikasi Dari China Ini Didakwa Boleh ‘Superimpose’ Muka Selebriti Dalam Video?

parodi sweet dreams remaja main

‘Demam’ Drama Sweet Dreams Belum Berakhir, Parodi Kreatif Remaja Ini Buat Ramai Terhibur!