in ,

Ramai Kagum Fungsi ‘Kerusi Bionik’ Ini Yang Memudahkan Pemakai Duduk Di Mana2

www.KOBIUSfilms.com / 089-992-7879 / hi@kobiusfilms.com
KOBIUS films & productions

Dalam zaman dengan masyarakat yang sentiasa sibuk, orang ramai mudah kepenatan akibat terpaksa berdiri lama atau beratur panjang ketika melakukan aktiviti harian.

BACA: Jadikan Myvi Ala2 ‘Tesla’ Sempena Hari Malaysia, Inovasi Pelajar Ini Terima Pujian Netizen

Lebih teruk bagi mereka yang terpaksa berulang alik ke kolej atau tempat kerja menggunakan pengangkutan awam dengan membawa beg yang berat berisi buku-buku atau laptop, gaya hidup seperti itu sudah pasti dapat memberi kesan buruk kepada postur badan.

Oleh itu satu kumpulan usahawan yang dikenali sebagai Astride Bionix telah hadir dengan projek ‘kerusi yang boleh dipakai’, sebuah kerusi bionik yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk duduk.

c9bc6970015ea5c77b4350e4c028ef57_original

Kerusi ‘LEX’ terdiri daripada dua kaki kerusi aluminium yang disambungkan ke tali keselamatan untuk dipakai di pinggang dan peha, yang mana ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan, malah dapat membetulkan postur pengguna.

lex_bionic_chair_3

103989-lex-wearable-bionic-chair-010

Selain boleh dilipat, kerusi itu juga sangat ringan, dan melalui teknologi fizik yang diterapkan dalam rekaan alat itu, kerusi LEX dapat mengalihkan 50% beban di bahu pengguna ke kerusi itu apabila digunakan.

www.KOBIUSfilms.com / 089-992-7879 / hi@kobiusfilms.com

Walaupun ada yang menganggap ciptaan itu bukan idea yang bernas dan tidak praktikal, rata-rata netizen memuji idea projek itu kerana ramai yang dapat memanfaatkan kegunaannya, terutama golongan warga emas dan orang kurang upaya.

“Sebagai seorang dengan kaki yang rosak, ini sangat membantu..”

Screenshot_2019-09-20-02-16-39-307_com.twitter.android

“Saya ada masalah hati dan sakit belakang selepas kemalangan, ini sangat berguna…”

Screenshot_2019-09-20-02-19-33-619_com.twitter.android

“Alat ini dapat membantu saya supaya tidak perlu bergantung kepada pasangan saya…”

Screenshot_2019-09-20-02-22-25-561_com.twitter.android

“Bapa saya tidak boleh berdiri lama, alat ini dapat bantu dia keluar lebih kerap…”

Screenshot_2019-09-20-02-23-25-756_com.twitter.android

“Saya perlu berdiri 10 jam sehari. Ini idea yang hebat…”

Screenshot_2019-09-20-02-26-00-993_com.twitter.android

“Bukan semua orang ada kaki dan otot yang kuat…”

Screenshot_2019-09-20-02-27-40-321_com.twitter.android

Sumber: Kickstarter, Twitter

EEtlcoUUYAA_vut-tile

Burung Mati Ditemui Di Atas Jalan Di Indonesia & Malaysia, Dipercayai Akibat Jerebu

EExMigJUEAUFo9g-tile

Anak Kuda Belang Lahir Tanpa ‘Belang’, Ramai Jangka Hayatnya Tidak Panjang