in

“Ramai Org Bertanya… Betul Ke Bila Org Sakitkan Hati Bidadarinya…”- Ebit Lew

ustaz ebit

Ustaz Ebit Lew menerusi Instagram berkongsikan beberapa pertanyaan yang sering ditanyakan kepadanya iaitu mengenai ‘isteri’.

BACA: “Anak Paskal..”- Hairul Buat Muka Hairan, Puteri Baru 3 Bulan 16 Hari Tapi Kuat!

Menurut Ustaz, persoalan mengenai ‘Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya…” antara yang menjadi tanda tanya ramai.

Hargailah wanita ini…

View this post on Instagram

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang sudi yang menemani hidup kita selamanya. hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah. Jangan kedekut pada mereka. Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah.ya Allah. Menangis. Ya Allah.ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita. Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang.maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer.ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..-ebitlew #keluargasunnahAlorSetar #esokPerlis #www.transformjiwa.com #perbaikiDiri #keluargaSunnah #jomDaftar

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Saya teringat masa…

Penjelasan panjang Ustaz Ebit dilaman Instagram mendapat pelbagai komen malah kisahnya bersama isteri yang turut dikongsikan menerima pujian daripada followers.

Ustaz Ebit yang turut memuat naik video pasangan menangis bersama-sama juga membuatkan ramai sayu melihat. Bagaimanapun, ramai mendoakan Ustaz Ebit agar terus kuat menyebarkan kebaikan.

Reaksi ramai

Screenshot_406

Screenshot_407 Screenshot_408 Screenshot_409 Screenshot_410 Screenshot_411 Screenshot_412

View this post on Instagram

Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak. Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan. Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama. Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga. Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah… Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.. Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang. Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang isteri & anak-anak-ebitlew #keluargasunnahPerlis

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber: Ustaz Ebit Lew

han byul

Dipuji ‘Humble’, Han Byul Suka Makan Sambal Belacan Siap Cicah Bersama Cempedak Goreng!

adimatik main

Membesar Cara Berbeza Dengan Kanak2 Lain, Adi Si Genius Matematik Kongsi Kisah Kehidupanya…