in ,

Ruangan Iklan Di ‘London Underground’ Dipenuhi Dengan Gambar Kucing, Memang Comel!

ad_218977025-tile

Sebuah kumpulan Servis Pengambil Alih Iklan (Citizens Advertising Takeover Service) atau CATS, telah mengadakan kempen pengumpulan dana untuk menukarkan iklan-iklan biasa di sebuah stesen kereta api London dengan gambar kucing.

BACA: Syarikat Makanan Buat Cabaran ‘Tiada Penanda Buku?’ Buat Ramai Pencinta Buku Marah

Menurut sumber, pada mulanya kumpulan itu hanya berniat untuk menghiasi kawasan stesen dengan gambar kucing-kucing comel, namun mereka kemudian mengubah rancangan dengan meletakkan gambar-gambar kucing terbiar yang memerlukan pemilik baru.

1_QOlSUcjf-Lidh21Qwp2TqA

Kebanyakan gambar kucing-kucing yang dipamerkan di ruangan iklan itu adalah kucing-kucing dari pusat perlindungan kucing terbesar di UK, Rumah Perlindungan Anjing dan Kucing Battersea.

ad_218977041

Menurut penganjur kempen berkenaan, tujuan mereka menukar ruangan iklan dengan gambar kucing bukanlah sebagai strategi pemasaran, tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berfikir dan melihat dunia secara meluas dan menyedari bahawa mereka mampu merubah kehidupan.

ad_218977025

Selain membuat pemandangan kelihatan lebih cantik dan menarik, mengambil alih ruangan iklan itu juga membebaskan orang ramai dari dibelengu rasa tertekan dengan iklan-iklan yang memujuk mereka untuk mengeluarkan wang, sekali gus membuat mereka rasa tenang.

Sumber: Medium, Metro

69453684_661690007686821_8364528461114180503_n-tile

Netizen Komen Perut Elfira ‘Besar’ & Disangka ‘Twin’, Ini Pula Kata2 Padu Peminat!

doorgift maggi main

Maggi Dijadikan ‘Buah Tangan’ Pada Tetamu, Netizen Puji Idea Ini!