in ,

Sempoi! Baru 7 Tahun Sudah Hebat Menunggang Motosikal Off-Road & Aktif Aktiviti Lasak Yang Lain!

lola kanak2 lasak main

Baru berusia 7 tahun, kanak-kanak ini membuktikan faktor usia dan jantina bukanlah penghalang untuk melakukan aktiviti lasak. Lola, kanak-kanak perempuan yang berasal dari London ini sudah mula melakukan beberapa aktiviti lasak sejak usianya lebih awal dari umurnya kini.

BACA: Tular Ibu Ayah Ganti Pasangan Pengantin Bersanding Di Pelamin, Ini Kisah Sebenarnya…

Apa yang membuatkan kanak-kanak perempuan ini memiliki jiwa kental untuk turut melakukan aktiviti lasak seperti ibunya?

Menurut ibunya Stephanie Bolam, 33, dia sendiri sejak kecil lagi sudah mula mengikuti bapanya belayar dan rock climbing. Malah dia juga gemar melakukan aktiviti lasak selepas melahirkannya untuk sentiasa bergerak aktif.

Jadi baginya tidak salah untuk mengalakkan anaknya, Lola untuk turut mencintai sukan lasak ini.

Kini Stephanie dan Lola banyak luangkan masa bersama dengan menunggang motosikal off-road, bermain ski dan memanjat.

Biarpun ada yang sering mempertikaikan keselamatan anaknya, Lola ketika melakukan aktiviti berkenaan, Stephanie berkata dengan Lola hanya menunggang motosikal off-road. Dan baginya ia tidak begitu berbahaya jika diajar mengenai teknik dan kemahiran yang betul.

Malah dia turut membenarkan anaknya itu untuk menyertai pertandingan dalam acara lumba motosikal off-road jika dia mahu.

Lihat sahaja aksi berani Lola melakukan aktiviti lasak ini…

lola kanak2 lasak 1

lola kanak2 lasak 2

lola kanak2 lasak 3

lola kanak2 lasak 4

lola kanak2 lasak 5

lola kanak2 lasak 6

Sumber: Dailymail

bella0

Cuba Ngorat & Beri Pantun Buat Bella Astillah, Sikap Yoe Parey Dipuji Ramai!

Processed with VSCO with kk1 preset

HUAWEI Nova 5T Mula Dijual Esok & Dapatkan Ganjaran Hingga RM1,127! Ini Sebab Anda Kena Dapatkannya…