in

Suasana Di Jambi, Indonesia Bertukar Merah Akibat Jerebu

langit merah main

Minggu ini di Malaysia masih banyak kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat dari jerebu. Jika di sini pun terasa peritnya untuk menjalankan aktiviti harian apatah lagi di negara jiran kita di Indonesia.

BACA: Borneo ‘Diselimuti’ Asap, NASA Kongsi Imej Jerebu Yang Sangat Teruk Hingga Boleh Nampak Dari Angkasa!

Malah beberapa hari lalu tular di sosial media dengan video dan gambar suasana sekitar yang menjadi merah di Jambi Indonesia.

langit merah 1

Pada awalnya menyangkakan mungkin gambar itu dirakamkan pada waktu senja, namun ianya adalah pada waktu tengahari! Melihatkan beberapa gambar dan rakaman yang dikongsikan oleh penduduk setempat memang nampak teruk sekali keadaanya di sana.

Menerusi laporan metrotvnews, fenomena ini terjadi disebabkan kebakaran hutan.
Dalam rakaman yang dikongsikan, seorang penduduk tempatan berkongsikan rakaman suasana di sana yang mana pada tengahari suasana nampak gelap dan langit menjadi merah.

Screenshot_4

Memetik penerangan yang dibuat oleh Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Nasional penanggulan Bencana, Agus Wibowo Soet, kejadian itu dikenali sebagai Hamburan Rayleigh disebabkan berlakunya pergerakan jerebu daripada titik panas.

Tonton laporan penuh dalam video di bawah:

Berikut antara rakaman yang dikongsikan tular di sosial media:

Sumber: metrotvnews / Twitter

2

“Baru Betul…”- Netizen Tak Mahu Sangkal Kemenangan Mira Filzah, Layak Menang!

sweet

“Muka Sama Jodoh Ni…”- Foto ‘Sedondon’ Sweet Qismina & Adam Lee Di ABPBH 32 Dipuji!