in ,

Syarikat Sanrio Berkolaborasi Dengan Filem It, Comel Tapi Menakutkan!

page

Maskot Sanrio, Kitty White dari rangkaian Hello Kitty tidak akan menolak apa-apa tugas yang ditawarkan kepadanya sama ada kerja menghalau hantu, melawan robot gergasi, mahupun menjadi penghibur di majlis-majlis perkahwinan.

BACA: Terkenal Dengan Mulut ‘Lancang’, Shin-Chan Muncul Dalam Iklan Menyentuh Hati

Kali ini dalam kolaborasi terbarunya, Kitty akan memainkan watak badut Pennywise dari filem It untuk meraikan tayangan sequel filem itu pada 1 November.

kf-43

Untuk lebih memeriahkan suasana dan juga sempena perayaan Halloween pada November, syarikat Sanrio akan menjemput ‘badut-badut jahat’ ke taman tema mereka, Puroland Tokyo.

44442_og_1

4de9e00cd842fed43fc225fc20a66c74

Acara itu dijanjikan dengan sudut-sudut mengambil gambar yang menarik dan menakutkan,  lengkap dengan hidangan makanan yang turut sama mengerikan supaya pengunjung tidak tenteram dan sentiasa merasakan bahawa mereka akan diculik oleh badut jahat pada bila-bila masa.

kf-44
Kek mousse yang menyerupai imej belon merah klasik dari filem It antara hidangan menarik pada acara itu.

Jarang sekali peminat dapat menemui watak jahat dari filem klasik berkenaan ditemani dengan kucing-kucing comel Sanrio.

Bagi peminat Hello Kitty dan filem It yang tidak ingin ketinggalan meraikan Halloween di Puroland pada tahun ini boleh mendapatkan tiket dari laman web Sanrio.

Sumber: Sora News

lawat muzium penjara main

“Rasa Begitu Mahalnya Harga Kebebasan”, Pasangan Ini Lawat Muzium Penjara Malaysia & Kongsi Pengalaman

didi

Bella Kongsi Video Adik Sambut ‘Birthday’, Majlis Gempak & Mewah Jadi Perhatian!