in ,

Terkenal Dengan Mulut ‘Lancang’, Shin-Chan Muncul Dalam Iklan Menyentuh Hati

Annotation 2019-09-04 014748-tile

Jika orang ramai biasa melihat Shinnosuke Nohara atau Shin-chan sebagai budak 5 tahun yang bermulut lancang dengan sifat tidak tahu malu, terbaru timbul sedikit kekecohan di kalangan netizen Jepun di Twitter apabila Shin-chan muncul dalam satu iklan yang ‘menyentuh hati’.

BACA: Hari Lahir Doraemon Ke-93, Netizen Ucap Birthday Dengan Kata2 Istimewa

Iklan yang dipamerkan di stesen kereta api Kasukabe, dari mana asalnya Shin-chan dan keluarganya dalam siri anime kanak-kanak itu, ditujukan kepada ibu-ibu yang kuat bekerja serta mengurus keluarga dan terpaksa berkorban masa dan tenaga demi kegembiraan anak-anak mereka.

Dalam iklan berkenaan, Shin-chan mengucapkan terima kasih kepada ibunya Misae Nohara kerana membuatkan cuti musim panas sangat seronok.img_20190828_111019

Tetapi kemudian dia bertanya, bila ibunya dapat bercuti pula?

img_20190828_111045-1

Luah Shin-chan lagi, cuti musim panas akan lebih seronok jika ibunya juga dapat bergembira bersama.

img_20190828_111056

Rata-rata netizen terutamanya para ibu bapa meluahkan rasa terharu dan berharap anak-anak mereka dapat membaca apa yang dikatakan dalam iklan itu.

Walaupun begitu, ada juga yang berasa janggal ‘mendengar’ kata-kata itu keluar dari mulut ‘budak nakal’ seperti Shin-chan.

Lihat mesej penuh iklan tersebut dalam video di bawah.

img_20190828_111032

Sumber: Sora News

Annotation 2019-09-03 233310-tile

Unik! Hotel Pertama Di Dunia Dengan Staf ‘Holografik’ Di Buka Di Tokyo

gigi palsu nenek main

‘Misteri’ Kehilangan Gigi Palsu Nenek Terungkai Apabila Menemuinya Pada Mulut Anjing Peliharaan