in ,

Tidak Pernah Rasa Diri Seperti Manusia, Lelaki Ini Hidup Sebagai Seekor Anjing

1_PAY-Kennedy-News-and-Media-tile

Kita biasa dengar kisah lelaki tidak merasakan diri mereka seperti lelaki atau perempuan yang tidak rasa diri mereka perempuan, tetapi seorang lelaki ini langsung tidak pernah merasakan dirinya sebagai seorang manusia.

BACA: Menarik! Universiti Utah Sediakan ‘Almari Menangis’ Untuk Pelajar Yang Tertekan

Kaz James dari Manchester mendakwa dia merasa pelik dengan dirinya sejak kecil lagi dan tidak dapat mencari persamaan atau mengaitkan dirinya dengan kehidupan manusia.

0_PAY-Kennedy-News-and-Media (2)

Dia mula sedar perangai dan tingkah lakunya menyerupai anjing sejak berusia 6 tahun, seperti menggigit kolar baju rakan-rakan untuk mengucapkan helo serta menjilat mereka.

Kaz mula menemui orang-orang sepertinya melalui pencarian di internet pada usia 17 tahun, dan terkejut mendapati kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman dan perasaan yang sama seperti apa yang dia lalui.

0_PAY-Kennedy-News-and-Media

Berikutan penerimaan identiti dirinya itu, Kaz mengasaskan Kennel Klub dan menulis buku How to Train a Human Pup. Dia juga menemui pemilik pertamanya pada usia 18 tahun selepas dia berpindah keluar dari rumah ibu bapanya.

0_PAY-Kennedy-News-and-Media (3)

Kini lelaki berusia 37 tahun itu menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai anjing dengan memakai sut anjing bernilai £2,000 (sekitar RM 10,000).

Selain itu, dia juga makan dari bekas makanan anjing, menyalak pada anjing lain, bermain menangkap bola dan memakai kolar anjing. Namun apabila keluar bekerja, dia hanya memakai t-shirt dengan label ‘anjing’.

0_PAY-Kennedy-News-and-Media (4)

Kisah Kaz ini pernah didokumentarikan dalam siaran TV di England, sekali gus mendedahkan kehidupan manusia anjing yang dilaluinya kepada masyarakat luar.

0_PAY-Kennedy-News-and-Media (1)

Sumber: Mirror

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0_KFC-have-given-Colonel-Sanders-and-new-look-and-fans-love-it-tile

KFC Jadikan Kolonel Sanders Sebagai Influencer Instagram, Lengkap Dengan Imej Baru

_98038549_mediaitem98038548-tile

Hantu, Binatang, Dan Dinding Antara 8 Benda Paling Pelik Pernah Dikahwini Manusia