in ,

Tonton Parodi Filem John Wick Dari Lelaki Ini Yang Hanya Gunakan ‘Nerf’ Sebagai Prop Utama!

remake john wick main

Filem John Wick tahun ini sudah pun hadir dengan siri yang ke tiga. Antara filem dalam genre thriller action terbaik, jalan ceritanya menceritakan mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai pembunuh upahan yang bernama John Wick.

BACA: Ingin Jadi Seperti Bapa, Budak Perempuan Sambut Hari Jadi Sebagai ‘Mekanik’

Aksi tangkasnya menumpaskan pihak lawan cukup mengagumkan. Tidak pernah menghampakan, filem ini menjadi antara yang tidak bosan jika ditonton berulang kali.

Antara aksi Keanu Reeves dalam filem John Wick.
Antara aksi Keanu Reeves dalam filem John Wick.

Namun baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video parodi yang dihasilkan dengan judul John Weak. Video yang dikatakan diinspirasikan dari filem John Wick ini raih tontonan 2,600 juta tontonan!

Apa yang menariknya mengenai video ini adalah aksinya yang cukup tangkas sama seperti dalam filem asalnya. Malah senjata digunakan adalah mainan ‘Nerf’ yang juga menjadi prop utama. Gempak weyh!

Korang tonton sendiri video yang dikongsikan di bawah ini:

Berikut adalah video penuh yang dikongsikan:

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Ada yang memuji dengan lakonan semula mereka ini.

remake john wick 1

 

Ada juga yang terhibur dengan beberapa babak yang agak kelakar.

remake john wick 2

Sumber: Kush Moore

didi

Bella Kongsi Video Adik Sambut ‘Birthday’, Majlis Gempak & Mewah Jadi Perhatian!

putri

Lebih 1 Juta Tontonan! Mira Filzah Payung ‘Hijab Tutorial’ Watak Putri