in

Tukaran Sampah Dengan Beras Ditawarkan Sebagai Inisiatif Atasi Masalah Pencemaran

tukar sampah dengan beras main

Lambakan masalah sampah di serata dunia menjadi satu masalah yang cukup membimbangkan. Masalah ini menyebabkan seluruh penduduk bumi terkesan dengan perubahan cuaca mendadak dan tidak menentu.

BACA: Kampung Di Filipina Tawar 2.2 Kg Beras Untuk Ditukarkan Dengan 200 Ekor Nyamuk

Namun bagi sebuah kampung terpencil di Filipina mereka ada inisiatif unik bagi membantu mengurangkan masalah sampah plastik merata-rata.

Caranya adalah dengan penduduk menukarkan setiap 2 kilogram sisa plastik untuk dikitar semula atau dilupuskan dan mereka akan menerima 1 kilogram beras.

Salah seorang penduduk sedang membawa hasil kutipannya.
Salah seorang penduduk sedang membawa hasil kutipannya.

Berdasarkan kajian, Filipina adalah antara negara penyumbang utama pencemaran plastik marin. Ditambah pula dengan undang-undang sedia ada gagal mengawal pembuangan sisa pepejal ini.

Keadaan sekitar Filipina.
Keadaan sekitar Filipina.

Seorang penduduk kampung ini, Veronica Dolorico berkata program ini banyak membantu dirinya dan keluarga. Dia sendiri berjaya mengumpul 14 kilogram sampah untuk ditukarkan dengan 7 kilogram beras.

Menurut ketua kampung ini, Andor San Pedro, program ini dapat membantu mendidik penduduk cara untuk melupuskan atau mengitar semula sampah pepejal mereka. Pada Ogos lalu, penduduk di kampung itu berjaya mengumpul lebih 213 kilogram bungkusan dan plastik.

Beras yang tersedia untuk diagihkan kepada penduduk yang bawa sampah mereka.
Beras yang tersedia untuk diagihkan kepada penduduk yang bawa sampah mereka.

Satu inisiatif yang bijak! Dengan cara ini pasti kawasan sekitar akan lebih bersih. Harapnya adalah usaha begini dijalankan di Malaysia.

Sumber: DW.com

70025104_359605548320868_3914108853745702879_n-tile

Ucap Salam Jumaat, Foto Safiey Illias Buat Ramai Gembira!

Gambar sekadar hiasan.

Bingit Satu Rumah Bila Kucing Kesayangan Bawa Pulang ‘Hadiah’ Buat Tuannya, Netizen Terhibur!