in ,

Tular Aplikasi Dari China Ini Didakwa Boleh ‘Superimpose’ Muka Selebriti Dalam Video?

zao-deepfake-face-app-main

Semakin hari makin hebat teknologi buatan manusia! Itu yang dapat digambarkan dengan aplikasi Zao dari China ini. Aplikasi ini menjadi tular sejak beberapa hari lalu kerana fungsinya yang sungguh canggih.

BACA: Sempoi! Baru 7 Tahun Sudah Hebat Menunggang Motosikal Off-Road & Aktif Aktiviti Lasak Yang Lain!

Ini kerana aplikasi ini didakwa boleh mengubah muka pelakon seperti Leonardo DiCaprio, Kit Harrington dalam ‘Game of Thrones’ dan lain-lain lagi.

Menurut laporan Business Insider, aplikasi ini menjadi ‘kegilaan’ pengguna iPhone di China kini. Sejak dilancarkan, aplikasi ini masih berada di tangga teratas carta aplikasi paling banyak dimuat turun.

Difahamkan juga aplikasi rekaan Momo ini mampu untuk menukar muka asal dalam pelbagai video dan ianya nampak sungguh real!

Ini antara contoh demonstrasi yang dilakukan oleh salah seorang pengguna Twitter, Allan Xia:

Menurut Allan, aplikasi ini mempunyai kekurangan dari segi masalah hak cipta bagi penggunaan video asal.

Namun penggunaan Zao yang terhasil dari teknologi perisian AI ini menghasilkan penukaran wajah yang sangat lancar dan ianya dipuji ramai.

Berikut antara contoh lain penggunaan aplikasi Zao:

Video CGI pun aplikasi ini boleh digunakan. Wow!

Tukaran wajah dari muzik video penyanyi Korea

Cool betul! Namun harapnya pengguna hanya menggunakan aplikasi ini untuk hiburan semata-mata. Teknologi tanpa batasan!

Sumber: Business Insider / Allan Xia

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

mak2

Foto2 ‘Hot Mama’ Selebriti Bergabung Jadi Perhatian, Cantik Bertudung!

Gambar sekadar hiasan.

Peluang Dapat Kekasih Lebih Tinggi Mesej Guna Emoji – Kajian