in

Tular Ibu Ayah Ganti Pasangan Pengantin Bersanding Di Pelamin, Ini Kisah Sebenarnya…

ibu ayah jadi pengantin main

Musim hujung minggu panjang ditambah dengan cuti umum, pastinya ramai yang memilih untuk mendirikan rumahtangga pada tarikh-tarikh istimewa ini. Sama seperti pasangan pengantin ini yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

BACA: “Selamba Je Dia Tarik Key Tinggi” – Luarbiasa Padu Suara Lelaki Ini Menyanyi!

Mana tidaknya, majlis meraikan pasangan ini digantikan dengan ibu dan ayah mereka duduk di kerusi persandingan. Kisah pasangan pengantin yang digantikan ini menarik perhatian ramai selepas dikongsikan di Twitter.

Seperti diketahui umum, membuat persiapan perkahwinan pastinya sudah dirancang lebih awal lagi. Dengan senarai jemputan, tempahan makanan, hiasan dewan dan sebagainya.

Namun apakan daya manusia hanya mampu merancang. Nak dijadikah cerita pada hari majlis persandingan, pengantin lelaki mengadu perutnya tidak selesa ketika menjalani rehearsal pada malam sebelum majlis resepsi itu.

Menurut pengantin perempuan, Fatheen, pemeriksaan awal doktor di klinik mengesyaki suaminya menghidap apendiks namun hasil siasatan lanjut di hospital mendapati Amirudin (suaminya) menghidap batu karang. Doktor juga menasihati untuk segera membuangnya.

Pasangan pengantin ketika di hospital
Pasangan pengantin ketika di hospital

Tambah Fatheen lagi, mereka ada mohon untuk tangguh rawatan membuang batu karang pada suaminya kerana ingin bersanding. Tapi keadaan suaminya yang tidak tahan sakit dan perlu dibedah, membuatkan mereka perlu melaluinya dan tidak dapat menghadiri majlis persandingan itu.

Rakan- rakan turut datang menziarah
Rakan- rakan turut datang menziarah

Majlis tetap berlangsung seperti yang dirancang kerana tidak mahu kecewakan tetamu yang telah dijemput. Namun pasangan pengantin itu digantikan dengan ibu dan ayah mereka yang duduk bersanding dan makan beradab. Comel!

Antara gambar kenangan ketika majlis persandingan…

EDmGoR2WkAE2WjD

 

EDmGoSiUUAAe8cW

EDmGoSXXsAA9Huy

Sumber: fatheenjeffry

page

Fenomena Luar Biasa, Drama Sweet Dreams Berakhir, Ini Kata Hero & Heroin Viral!

saharul0

“Hahaha Sumpah Kelakar…”- Saharul Cuba Aksi Hairul Azreen, Part Last Bikin Terkejut!