in ,

Unik! Hotel Pertama Di Dunia Dengan Staf ‘Holografik’ Di Buka Di Tokyo

Annotation 2019-09-03 233310-tile

Seperti yang ramai sedia maklum, Jepun adalah negara yang paling maju dalam bidang teknologi dan inovasi. Boleh dikatakan setiap bulan kita akan dikejutkan dengan ciptaan-ciptaan baru dan unik yang dihasilkan di negara matahari terbit itu.

BACA: Syarikat Sanrio Berkolaborasi Dengan Filem It, Comel Tapi Menakutkan!

Terbaru, sebuah rangkaian hotel popular di Jepun telah membuka cawangan mereka yang ke-12. Apa yang unik tentang hotel itu adalah pekerjanya yang terdiri daripada watak-watak hologram.

Annotation 2019-09-03 233213

Annotation 2019-09-03 233239

Annotation 2019-09-03 233123

Tetamu yang datang ke Henn na Hotel atau ‘Hotel yang Pelik’ cawangan Asakusa Tawaramachi bermula 1 September 2019 akan disambut oleh watak pelayan lelaki, dinasour, atau ninja.

Staf-staf holografik itu turut diprogramkan untuk bertutur dalam bahasa Jepun, Inggeris, Cina dan Korea bagi memudahkan kerja mereka menyambut tetamu.

Hotel yang mempunyai 217 bilik itu dioperasikan ajensi pelancongan H.I.S. Hotel Holdings yang turut bertanggungjawab mengawal pekerja holografik di hotel itu.

Annotation 2019-09-03 233435

Selain Henn na Hotel Asakusa Tawaramachi, terdapat juga cawangan lain yang dikendali sepenuhnya oleh robot.

Sumber: Yahoo

hqdefault-tile

Hari Lahir Doraemon Ke-93, Netizen Ucap Birthday Dengan Kata2 Istimewa

Annotation 2019-09-04 014748-tile

Terkenal Dengan Mulut ‘Lancang’, Shin-Chan Muncul Dalam Iklan Menyentuh Hati