Bagi kanak-kanak, pengalaman tidur seorang diri boleh menimbulkan rasa takut kerana tiada peneman di sisi disamping suasana yang sepi dan gelap membuatkan imaginasi mereka meliar.
BACA: Pelik Kenapa Senyap, Ibu Tergamam Lihat 2 Anak Kecilnya Sedang Kunyah Lipas
Oleh itu sudah menjadi kebiasaan untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak mereka tidur sendiri untuk menyalakan lampu kecil ketika mereka tidur agar mereka tidak ketakutan.
Namun dalam satu kes di China, kebiasaan itu telah mendatangkan kesan yang buruk terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun apabila dia melalui tumbesaran dengan begitu cepat.

Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu berasa gembira dengan perkembangan anaknya yang didapati jauh lebih tinggi dari kanak-kanak seusianya.
Namun suatu hari ketika dia sedang memandikan anak perempuannya itu, dia perasan bahawa payu dara kana-kanak itu telah mula tumbuh.

Berikutan itu dia membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan, dan doktor terkejut apabila mendapati struktur tulang kanak-kanak itu menyerupai budak 10 tahun, malah ovarinya juga telah membesar.
Perkara itu membuat si ibu keliru dengan keadaan anaknya itu, namun apabila ditanya tentang gaya hidup kanak-kanak itu, ibunya mengaku membenarkan anaknya tidur sendirian dengan lampu menyala sejak budak itu berusia 4 tahun, kerana anaknya itu takut kepada gelap.

Misteri itu terungkai apabila doktor menjelaskan bahawa pengeluaran melatonin dalam tubuh kanak-kanak berlaku pada waktu malam dalam suasana gelap, dan tidur dengan lampu menyala mengganggu dan menghalang pengeluaran melatonin, menyebabkan kematangan seksual.
Sumber: Asia One