Setiap kesalahan yang dilakukan sama ada oleh kanak-kanak atau orang dewasa perlu dihukum agar kita dapat belajar untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi.
BACA: Bikin Berdekah! Gelagat Kucing Ini Yang Pura-Pura Tidur Tapi Sebenarnya…
Begitu juga buat haiwan peliharaan yang perlu didisiplinkan apabila mereka melakukan sesuatu perkara tidak baik, walaupun hukuman yang dikenakan lebih bersifat mengajar dari menyakiti.
Walau bagaimanapun haiwan tidak dapat memahami bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan sedang dihukum, seperti yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di media sosial.
Dalam kongsian berkenaan, seekor kucing sedang dihukum oleh pemiliknya dengan pancutan air menggunakan penyembur air. Oleh kerana kucing bencikan air, hukuman itu sepatutnya memberi kucing itu peringatan bahawa setiap kali dia melakukan kesalahan, perkara yang tidak disukai akan berlaku ke atas dirinya.
https://twitter.com/Mr_Meowwwgi/status/1179865851790610432
Namun apa yang membuat geli hati adalah apabila kucing itu dengan selamba membuka mulutnya untuk menelan air yang ‘ditembak’ kearahnya. Malah kucing itu kelihatan seperti sedang berseronok dengan hukuman itu.
Video yang telah meraih lebih 500 ribu tanda suka itu membuatkan ramai terhibur dengan kebijaksanaan kucing itu mengelak hukuman. Malah ada juga yang cuba melakukan aksi itu keatas kucing mereka dan mendapat respon yang sama.
My cat does the same thing. He would bite me so I would spray him. pic.twitter.com/Y5Svk12pPE
— Elizabeth Wachsberg (@EWachsberg) October 3, 2019
lol here’s mine pic.twitter.com/K6FTwnFWn0
— abygail (@TheOnlyAbygail) October 4, 2019
https://twitter.com/vsblake/status/1179934460583829504
Sumber: Twitter