Orang kata, dalam dunia ini ada 7 orang yang mukanya sama macam muka kita. Bukan adik-beradik mahu pun saudara mara, tapi memang dijadikan seiras dengan muka kita.
BACA: “Serius Sama!” – Dikatakan Wajah Nad Zainal Seiras Pelakon Utama Filem Alita Battle Angle?
Tapi tidak semuanya bertuah kerana dapat melihat atau terserempak dalam tujuh orang yang wajahnya sama ini.
Jumpa wajah seiras
Namun dua orang jejaka ini bertuah kerana dapat berjumpa. Dalam satu video yang tular di sosial media baru-baru ini, seorang lelaki bernama Amirul Hazim Azhari terjumpa dengan individu yang wajah seiras dengannya.
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kelihatan Amirul Hazim sedang duduk di meja bulat dan rakannya merakamkan aksi dia dan seorang lagi lelaki yang memiliki wajah seiras dengannya.
Cukup spontan, bukan sahaja wajah mereka seiras, baju dan gelagatnya juga hampir sama!
“Kami bukan kembar”
Menurut Amirul Hazim, lelaki dalam video itu bukanlah kembarnya dan tidak berkawan rapat sebelum ini. Tapi mereka pernah bertemu sebelum ini ketika bermain futsal.
Malah pertemuan dalam video itu adalah kali kedua sejak dia menyambung pengajian di Australia.
Video tersebut telah meraih perhatian ramai dengan lebih 286,000 tontonan dan 17,300 retweets!
Video yang tular
Bila kau pergi dinner, dapat table yang sama, jumpa muka sama, baju sama,rambut sama, spec sama perangai pun sama 😂 pic.twitter.com/q1cKbjUURo
— PemudaCool𓄁 (@HzmAzhari) October 12, 2019
Sumber: Harian Metro / HzmAzhari