in

Aplikasi ‘Gradient’ Jadi Trend, Pengguna Mungkin Dikenakan Bayaran Tanpa Disedari!

gradient app main

Sejak akhir-akhir ini penggunaan aplikasi ‘Gradient’ tular di sosial media. Aplikasi yang membolehkan pengguna melihat wajah mereka hampir dengan selebriti yang mana.

BACA: Wanita Tersesat Dalam Hutan, Kongsi ‘Aplikasi Tiga Perkataan’ Bantu Selamatkannya

Sudah pastinya tujuan mereka yang menggunakan aplilkasi ini adalah untuk suka-suka dan mengikut trend semasa. Namun aplikasi Gradient ini dikatakan ada memberikan kesan negatif kepada pengguna.

Aplikasi Gradient yang menjadi ikutan terkini
Aplikasi Gradient yang menjadi ikutan terkini

Aplikasi ini dikatakan ada cas bayaran tertentu selepas tiga hari digunakan. Bayaran yang dikenakan adalah $3.99 sebulan atau $199.99 setahun melalui langganan secara automatik selepas pengguna memuat turun aplikasi ini.

Penjelasan panjang lebar dari syarikat ini sebelum pengguna muat turun
Penjelasan panjang lebar dari syarikat ini sebelum pengguna muat turun

Sekiranya pengguna mahu membatalkan langganan, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh percubaan.

Antara contoh apabila guna aplikasi ini
Antara contoh apabila guna aplikasi ini

Malah ini terbukti apabila ramai pengguna meninggalkan komen sama seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut mengenai hal ini.

Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna
Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna

Jadi dinasihatkan kepada orang ramai, sebelum memuat turun sebarang aplikasi untuk membaca terma dan syarat tertentu supaya tidak tertipu serta dikenakan bayaran.

Sumber: Google Play

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

robot antarabangsa korea main

Pelajar Sekolah Rendah Bijak & Inovatif Berjaya ‘Tapau’ 5 Medal Di Pertandingan Robot Antarabangsa!

nadzmi

“Biarrr lahhh…”- Disoal kenapa gemuk, Nadzmi dedah sebab bahagia tapi minta jangan hina