in ,

Berlumba Dengan Geng Basikal, Rider Food Panda Boleh ‘Kalah’

page

Untuk menyediakan perkhidmatan yang baik, penunggang servis penghantaran makanan perlu mengutamakan kepantasan agar pelanggan mereka mendapat pesanan tepat pada masanya.

BACA: “Kami Nok…”- Ramai Minta Sambung ‘Mael Totey’ Dari YouTuber Sohor Kelantan

Walau bagaimanapun, seorang rider Foodpanda ini memilih untuk tidak menunjukkan kebolehannya bagi membiarkan sebuah geng basikal mengalahkan kelajuannya.

Dalam sebuah video yang tular, penunggang Food Panda itu dilihat sedang berlumba dengan sekumpulan budak lelaki berbasikal di sebuah jalan raya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun penunggang itu jelas mempunyai kelebihan dengan motornya berbanding geng basikal itu, dia dipercayai sengaja memperlahankan kelajuan motor agar budak-budak itu menang dalam perlumbaan tersebut.

Menurut pengguna Twitter yang berkongsikan rakaman itu, penunggang Food Panda tersebut sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan pelanggan apabila dia terserempak dengan kumpulan budak lelaki itu.

Walaupun sedang mengejar masa, abang Food Panda tetap sempat menghiburkan hati adik-adik berkenaan dengan berlumba bersama mereka dan membiarkan mereka mendahuluinya.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

70678457_707792013056899_5731359159494143307_n-tile

“Handsomenya Oppa I”- Sean Lee Berbaju Melayu ‘Pink’ Bikin Peminat Jatuh Cinta!

page

Digelar ‘Budak Terkuat Di Dunia’, Kanak2 Ini Boleh Panjat Dinding Macam Spider-Man!