in ,

Buat IF & Diet Suku-Suku Separuh, Gadis Ini Kongsi Keberkesanan Turunkan Berat Badan

diet IF ika 2-main

Hampir menginjak ke tahun 2020, siapa yang ada dalam senarai azam tahun baru untuk turunkan berat badan tapi masih belum memulakannya? Tidak tahu mahu mulakan dari mana? Apa yang perlu dilakukan?

BACA: Gadis Ini Berjaya ‘Buang’ 16Kg Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan. Ini Tips Darinya..

Mungkin anda boleh cuba cara gadis ini yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11.9kg dalam masa 79 hari.

Banyak juga penurunan berat badan yang berjaya disisihkan oleh pemilik akaun Twitter juzzlikajewelery atau lebih mesra dengan panggilan Ika.

16 jam tanpa makan

Menurut gadis ini, dia mengamalkan intermittent fasting (IF) yang mana dia akan ‘berpuasa’ selama 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam sehari. Dalam tempoh ‘berpuasa’ ini anda masih boleh minum air kosong. Baginya IF mengajar dirinya untuk tidak melayan habit rasa asyik mahu mengunyah.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Tambahnya lagi, dia akan mula berpuasa jam 8 malam sehinggalah 12 tengahari. Dalam keadaannya yang masih menyusukan anak, memang sukar di awalnya untuk membuat IF. Jadi dia makan buah di waktu pagi bagi melapik perut. Sehinggalah lama-kelamaan tubuhnya biasa untuk melakukan IF 16 jam sehari.

Diet suku separuh

Selain itu Ika turut mengamalkan pemakanan suku separuh, contohnya nasi segenggam atau buah atau roti, protein tanpa kuah dan sayur tanpa kuah.

Berikut antara menu makanan yang diambilnya setiap hari:

EGGjW5eVAAA4sAJ-tile

EGGX-OfVUAAEDsX-tile

EGH30VJUYAE_ptO-tile

EGH325JUYAA1CnW-tile

EGGjUg8UcAA1UPb-tile

EGGjVK8U8AE9Z42-tile

Minum air secukupnya

Ika turut menasihatkan supaya minum air kena cukup. Berikut adalah cara kiraannya:

1 liter air = 25kg.

Contoh berat 90kg bahagi dengan 25kg = 3.6 Liter

Latih diri minum 3 liter sebelum 8 malam. Yang selebihnya boleh dihabiskan sebelum tidur.

Perbandingan berat sebelum dan selepas

Berikut adalah beberapa foto perubahan berat badan Ika yang turut dikongsikannya:

EGIliqWUYAAKZ8X

EGIlkzyU4AAghO-

EGIlhnfUcAAjLb6

Harapnya perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea bagaimana untuk memulakan proses penurunan berat badan supaya tubuh lebih sihat.

Sumber: Juzzlika Jewellery

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

johan

Akhirnya Berjumpa, Syahmi Puji Sikap ‘Pemurah’ Johan & Ozlynn Beli Hadiah!

q

Ingin Ajar Buat Kerja Rumah, Ibu Ini Terkejut Lihat Cara Anaknya Basuh Ayam