in

Budak Perempuan Enggan Jawab Soalan Matematik Kerana Dianggap Biadap, Ini Alasannya

0_Naomi-Pacheco (1)-tile

Sifat ejek mengejek sudah menjadi lumrah kanak-kanak apabila mereka mula mempelajari impak bahasa dalam kehidupan seharian, di mana ada perkataan yang boleh menimbulkan reaksi positif atau negatif dalam diri rakan sebaya mereka.

BACA: Kanak-Kanak Perempuan ‘Berjurai Air Mata’ Kerana Dapat Bela Kucing Raih Perhatian Ramai!

Kerana itulah penting untuk mengajar anak-anak bahawa ‘kata-kata lebih tajam dari pisau’, bagi mengelakkan mereka menjadi pembuli.

Namun tidak ramai ibu bapa yang memandang serius hal ini dan menganggap kanak-kanak mengejek rakan mereka dan perkataan seperti ‘gemuk’ atau ‘hodoh’ sebagai perkara remeh-temeh.

Berbeza dengan seorang pelajar 10 tahun, Rhythm Pacheco yang ternyata telah dididik dengan baik oleh ibu bapanya kerana enggan menjawab satu soalan matematik yang dianggapnya ‘biadap’ atau kurang sopan.

0_Naomi-Pacheco (1)

Dalam soalan itu, dia diminta untuk membandingkan perbezaan berat antara 3 orang pelajar perempuan dan menyatakan betapa berat seorang pelajar dari pelajar yang lain.

Memahami perbandingan seperti itulah yang memulakan tabiat ejek-mengejek, Rhythm membulatkan soalan tersebut dan menyatakan bahawa soalan itu tidak dapat diterima.

Dia juga menulis nota kepada gurunya itu untuk meminta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan berkenaan.

0_Naomi-Pacheco

Kebimbangan Rhythm bahawa soalan itu akan membuatkan mereka yang berbadan besar rasa rendah diri serta menggalakkan kanak-kanak untuk mengejek rakan mereka yang lebih berat dari mereka membuatkan ibu bapanya bangga.

Malah, guru Rhythm juga memuji keprihatinan kanak-kanak itu dan membenarkan dia untuk tidak menjawab soalan berkenaan.

Sumber: Mirror

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Lukisan Artis Ini Sungguh Realistik Sehingga Tak Dapat Beza Mana Objek Sebenar!

page

Gara2 Rakan-Rakan Penat Bagi Tumpang, Lelaki Ini Dihadiahkan Kereta Percuma!