in ,

Gara2 Rakan-Rakan Penat Bagi Tumpang, Lelaki Ini Dihadiahkan Kereta Percuma!

page

Kereta adalah kemewahan yang tidak mampu dimiliki semua orang terutamanya mereka yang masih belum mempunyai pendapatan tetap.

BACA: Pemandu Porsche Tidak Mahu Beri Laluan, Siap ‘Tunjuk Jari’ Pada Ambulans

Walaupun memiliki kereta dapat memudahkan pergerakkan kita ke mana-mana, ia juga bermakna mereka yang mempunyai kereta sendiri perlu menjadi ‘driver’ kepada rakan yang tiada kenderaan.

Gara-gara ‘penat’ menumpangkan rakan mereka yang tidak mempunyai kereta, sekumpulan lelaki ini menemui jalan penyelesaian dengan membelikan rakan mereka itu sebuah kereta baru.

Dalam video yang dikongsikan oleh wanita yang bekerja di pusat pengedaran kereta itu, lelaki bertuah tersebut tidak percaya dia telah menerima sebuah kereta Toyota percuma.

2 orang rakan yang sedang merakam reaksi lelaki itu berkata dalam nada gurauan bahawa mereka membelikan kereta itu untuknya kerana dia selalu menyibuk dan menyusahkan mereka.

Namun mereka gembira melihat reaksi lelaki itu yang jelas terharu dengan pemberian bernilai tersebut, kerana rakan mereka itu kini boleh pergi ke mana-mana dengan memandu sendiri.

Sementara itu, kongsian yang meraih hampir 20 ribu tanda suka di Twitter itu membuat netizen rasa cemburu dan teringin untuk mencari rakan yang pemurah seperti lelaki-lelaki itu.

Sumber: Twitter

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0_Naomi-Pacheco (1)-tile

Budak Perempuan Enggan Jawab Soalan Matematik Kerana Dianggap Biadap, Ini Alasannya

bella hadid cantik main

Kajian Dari Pakar Bedah Kosmetik Ini Dapati Bella Hadid Wanita Paling Cantik Di Dunia!