in ,

Graduan Rangkul Anugerah Dekan Setiap Semester Dengan Cemerlang Cetus Inspirasi!

graduan uum bjak main

Musim konvokesyen tahun ini menyaksikan pelbagai kisah inspirasi graduan yang membuatkan ramai kagum dengan keputusan dan kejayaan mereka. Antaranya adalah salah satu graduan yang videonya tular di sosial media sejak beberapa hari lalu.

BACA: Budak Perempuan Enggan Jawab Soalan Matematik Kerana Dianggap Biadap, Ini Alasannya

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, graduan tersebut memperoleh anugerah dekan pada setiap semester, 7 semester berturut-turut keputusan cemerlang 4 flat dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama dengan PMK 3.99 (4 flat).

Video tular cetus inspirasi!

Memang terbaik betul keputusan graduan ini! Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya kagum dengan kebijaksanaan graduan ini.

Menerusi ruangan komen, ada yang memperkenalkan graduan ini adalah Nur Athirah Rushami Zien, graduan jurusan Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia.

graduan uum bjak 1

Rahsia kecemerlangan

Satu tips kecemerlangan dari graduan ini ialah “tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan yang luar biasa, kecuali sentiasa fokus di dalam kelas”.

Di samping itu, Nur Athirah Binti Rushami Zien turut menerima Anugerah Pelajaran Diraja (pingat jaya cemerlang) dan membawa pulang sijil, pingat emas dan wang tunai RM7,500.

Perkongsian ini meraih perhatian ramai dengan lebih 1.5 juta tontonan, 75,900 retweets dan 76,900 likes. Rata-rata netizen meninggalkan komen seperti berikut:

“Beauty with brain”

graduan uum bjak 3

“Aku percaya dia belajar dengan keikhlasan”

graduan uum bjak 4

“Aku yang naik bulu roma dengar emcee umumkan…”

graduan uum bjak 2

Sumber: Are_Fieqq

17d9c3362bad9676b493646e105326a6_500x1-tile

Tiada Pasangan Untuk Ke Majlis Prom, Remaja Ini Bawa Kucing Jadi Temannya

cockroach-milk-tile

Saintis Hasilkan ‘Susu Lipas’ Sebagai Alternatif Yang Lebih Baik Untuk Manusia Dan Alam Sekitar