in

Haiwan Cari Tempat Berteduh, Shibuya Pula ‘Diambil Alih’ Tikus Susulan Taufan Hagibis

page

Taufan Hagibis dikatakan taufan terbesar yang membadai Jepun sejak tahun 1958, menyebabkan berjuta-juta penduduk diminta untuk berpindah sementara akibat ribut kuat yang dijangka membawa hujan lebat dan banjir.

BACA: Taufan Hagibis Diramal Landa Okishima, Pencinta2 Kucing Tak Senang Duduk

Walaupun kesan taufan kepada manusia sangat dapat dirasai dengan kehilangan nyawa dan tempat tinggal, tempias yang terkena kepada haiwan-haiwan jalanan juga tidak kurang buruknya.

Beberapa netizen Jepun berkongsikan keadaan haiwan di kawasan-kawasan yang dilanda taufan, di mana kucing mencari perlindungan dari penduduk yang prihatin.

Seekor kambing juga dijumpai terikat pada sebuah khemah di kawasan semak dan dipercayai berjaya melepaskan diri.

Sementara itu, ramai juga yang ternampak anjing Shiba terbiar di jalanan cuba untuk mencari tempat berteduh.

Selain itu, kawasan platform kereta api juga didatangi burung-burung merpati yang tidak dapat menempuhi angin kencang dan hujan lebat.

Malah, banyak tikus dilihat di Shibuya keluar dari kawasan perparitan dan longkang untuk cuba memasuki kedai-kedai berhampiran.

 

Sumber: Mothership

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GTSkypeinterview-tile

Pemohon Kerja Kantoi ‘Lip Sync’ Ketika Dalam Temuramah Video

usik mengusik main

Individu Ini Nyanyi Lagu ‘Usik Mengusik’, Dua2 Suara Dia Tapau Sekali. Hebat!