in ,

Hebat! Gadis Cantik & Kuat Sanggup Jadi Buruh Binaan Untuk Beli Rumah Sendiri

Screenshot_20180126-193533_1-tile

Walaupun kini ramai wanita yang telah membuktikan mereka mampu menceburi bidang kerjaya yang dulunya hanya didominasi kaum lelaki, wanita bekerja sebagai pekerja binaan masih lagi menjadi perkara yang jarang didengar.

BACA: Tiada Pasangan Untuk Ke Majlis Prom, Remaja Ini Bawa Kucing Jadi Temannya

Ini kerana buruh binaan perlu melakukan kerja-kerja manual dan proses pembinaan bangunan juga sangat berbahaya dan bergantung kepada kekuatan fizikal.

Wanita ini bekerja sebagai buruh binaan.

Namun itu tidak menghalang seorang gadis bernama Xiao Mei, untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan kerja-kerja berat dan berisiko tinggi.

Jika melihat pada rupa luaran gadis ini, pasti tiada siapa yang menyangka dia bekerja sebagai seorang buruh binaan.

Girl_03_labor

Digelar ‘Wonder Woman Asia’ oleh netizen, bukan sahaja kekuatannya mengangkat timbunan batu-bata serta kebolehan mengangkat dan membacuh simen sahaja yang membuat orang ramai kagum dangan gadis ini.

Girl_01_labor

Dedah tujuan sebenar lakukan kerja ini

Namun lebih menarik adalah rupanya yang cantik dan langsing, membuat ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak mencari pekerjaan yang lebih sesuai untuk wanita.

Bagaimanapun, tujuan sebenar Xiao Mei memilih kerja buruh binaan adalah untuk membeli rumahnya sendiri.

Sumber: Next Shark

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cTJospiO0UsPdQkb0FN2-tile

Kuil ‘Nyannyanji’ Jadi Tarikan Bagi Pemuja Kucing, Siap Ada Sami Paling Comel Di Dunia!

17d9c3362bad9676b493646e105326a6_500x1-tile

Tiada Pasangan Untuk Ke Majlis Prom, Remaja Ini Bawa Kucing Jadi Temannya