in ,

Ingin Alih Perhatian Isteri Dari Kesakitan, Suami Ini Buat Tarian Tradisional Dalam Bilik Bersalin

page

Keseluruhan proses bersalin dan melahirkan anak adalah perkara yang menyakitkan dan sangat meresahkan buat kaum wanita, namun dengan kehadiran suami di sisi sudah tentu dapat mengurangkan keperitan situasi itu.

BACA: Burger Di Tangan Tiba2 Lesap, Ingatkan Terjatuh Rupa-Rupanya…

Malah, menurut ahli psikologi, memegang tangan pasangan ketika bersalin dapat mengurangkan kesakitan wanita.

Tetapi seorang lelaki dari Hainan, China ini melakukan lebih dari itu. Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian isterinya daripada kesakitan, Mr. Wang mengambil keputusan untuk menari buat isterinya.

husband-dances-for-wife-1

Memandangkan ia adalah pertama kali Mrs. Wang melahirkan anak pada usia 35 tahun, proses melahirkan menjadi lebih sukar baginya. Wanita itu juga dilaporkan bermandi peluh menahan kesakitan dan sangat cemas dengan situasinya itu.

Reaksi Mrs.Wang turut membuat suaminya resah, jadi dia meminta doktor untuk memberikan isterinya ubat tahan sakit yang tidak banyak membantu.

Buntu mencari jalan untuk meringankan beban isteri, Mr.Wang yang juga seorang guru tarian, mula membuat persembahan tarian tradisional di dalam bilik bersalin, dengan berpakaian hospital.

Melihat gelagat lelaki itu, staf hospital tidak terlepas untuk merakam aksi berbakatnya itu, malah menurut jururawat, dia berjaya membuat isterinya ketawa serta mengalihkan perhatian wanita itu dari kesakitan sehingga dia selamat melahirkan.

Sweet bukan? Ternyata Mr.Wang layak menerima anugerah suami terbaik 2019!

Sumber: GoodyFeed

dancing cat main

Digelar ‘Dancing Cat’, Siapa Sangka Kucing Ini Memang Boleh Menari!

page

Pengarah Filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Akui Cerita Yang Ditulisnya Tak Masuk Akal