in ,

Jual Makanan Semangkuk RM1 Jadi ‘Lubuk’ Rezeki

jual makanan RM1 semangkuk main

Kos sara hidup hari ini boleh dikatakan agak membebankan. Ada yang berpendapat masak sendiri di rumah lebih jimat dari makan makanan di luar, namun sejauh manakah kebenaran mengenai hal ini?

BACA: Cari Rezeki Bantu Ibu Berniaga Samosa, Adik Irfan Dipuji Ramai

Jika bijak mencari kedai makan yang sedap dan harga berbaloi juga pasti boleh menjimatkan ‘poket’. Semuanya tentang keputusan pilihan dalam mengawal gaya hidup bersederhana.

Sebuah kedai makan di Kelantan menjadi tular selepas inisiatif meletakkan harga RM1 bagi semangkuk bihun, mi, kuetiau sup dan bubur nasi yang dijual.

131245kswrzprsox4w2n1r-tile

Sungguh, mana nak cari penjual yang menyediakan makanan dengan harga serendah ini bukan?

Tapi ini yang anda boleh dapati di Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima sehingga ada peminatnya yang berulang setiap hari makan di kedai ini.

39415069-tile

Menurut pemilik perniagaan ini, Zailani Ismail, 47 tahun, idea untuk konsep harga sebegini dicetuskan oleh anaknya. Biarpun di awalnya tidak mendapat sambutan ramai, namun selepas ia tular di sosial media, rezeki mereka tidak putus dengan kehadiran pelanggan.

Tambahnya lagi, keadaannya yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis dan buah pinggang membuatkan perniagaan mereka terjejas sebelum ini. Dari situ anaknya mula mencadangkan konsep harga jualan seperti tersebut.

72980474_421311855482547_5583677236801699840_n-tile

Biarpun harga yang dijual mereka itu tidak masuk akal, namun ia menjadi keunikannya tersendiri untuk menarik pelanggan. Malah mereka tetap beroleh keuntungan RM100 sehingga RM200 sehari dan apa yang penting adalah keberkatan dari perniagaannya.

Sumber: Berita Harian

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dompet return main

Gadis Kehilangan Dompet Terkejut Terima Bungkusan Pos Berisi Barangannya Itu!

rahim

“Hahaha terkejut member”- Jep sempat usik Rahim tidur, aksi ‘last’ bikin gelak besar!