in ,

Kafe Beri Aiskrim Percuma Kepada Kanak2 Sebagai Pertukaran Dengan Puntung Rokok

yGtF5KswBdjq8K78-tile

Kanak-kanak memang gemarkan makanan manis seperti aiskrim, jadi sudah menjadi kebiasaan untuk orang dewasa yang ingin ‘memancing’ kanak-kanak melakukan sesuatu untuk mengupah mereka dengan aiskrim.

BACA: Sekolah Di India Ini Hanya Terima Sisa Plastik Sebagai ‘Bayaran’ Yuran

Begitu juga dengan sebuah kafe di China yang menawarkan aiskrim sundae percuma kepada kanak-kanak jika mereka dapat mengutip dan menyerahkan 20 puntung rokok yang dibuang di atas jalan.

Sejak di buka, kafe yang dimiliki seorang penggiat kebajikan masyarakat, Jian Chuntian itu bermatlamat untuk membantu orang dalam kesusahan dengan cara-cara kreatif.

Dengan cara menukarkan aiskrim dengan puntung rokok, mereka bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak yang tidak mampu membeli aiskrim, malah cara itu sekali gus membantu menjaga kebersihan persekitaran.

ÑÌÍ·¾ÉÍæ¾ß»»±ù¼¤Áè Î÷°² Õâ¸ö¿§·È¹ÝºÃÎÂů

Selain itu, ia juga dapat memupuk tabiat mengutip sampah dalam diri kanak-kanak dan mengajar mereka untuk mengambil serius tentang kebersihan alam sekitar, dengan membuat mereka sedar betapa banyaknya sampah seperti puntung rokok dibuang di merata-rata tempat oleh orang dewasa.

Menurut Jian, kegiatan yang dijalankan oleh kafenya itu telah berjaya mengutip 50,000 puntung rokok dari kanak-kanak dalam tempoh 3 tahun.

Sumber: South China Morning Post

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Usia Sudah 73 Tahun, Tapi Nenek Ini Masih Boleh Menari Macam Ahli Kpop!

page

Hebat! Artis Berbakat Ini Hasilkan Haiwan Dengan Butiran Terperinci Hanya Guna Belon