in ,

Kanak2 Perempuan 7 Tahun Curi Perhatian Dengan Aksi ‘Rap’ Di Atas Pentas

page

Bagi kanak-kanak biasa, usia 7 tahun adalah waktu di mana minat mereka terhadap sesuatu perkara seperti sukan atau kartun kegemaran mula berkembang.

BACA: Lagu ‘Salah Apa Aku’ Dinyanyikan Versi Pemuda Ini Cukup Padu!

Namun ada juga kanak-kanak berbakat yang lebih cepat berkembang dan mempunyai keinginan atau mampu meniru tindakan dan perbuatan seperti orang dewasa.

Contohnya seorang kanak-kanak perempuan dari Missouri, AS, yang tular gara-gara aksi ‘rap’ licik yang dipersembahkan di atas pentas pada sebuah acara sekolah.

Menyanyikan lagu ‘Stoopid’ oleh rapper terkenal 6ix9ine, Macyn Mcmillian berjaya mencuri perhatian dengan gaya persembahannya yang kelihatan seperti rapper sebenar, malah kelakuan dan kawalan pentasnya juga kelihatan begitu profesional.

Meraih hampir 1 juta tontonan di Twitter, kongsian yang dibuat bapa Macyn, produser Myron McMillian mendedahkan bahawa anaknya itu memang seorang rapper sejak berusia 5 tahun, apabila dia mula menyanyikan lagu Cardi B dengan versinya sendiri.

Melihat minat dan bakat Macyn, Myron membuat keputusan untuk mengambil serius cita-cita anaknya itu yang ingin menjadi seorang rapper.

Malah, Macyn telah pun mempunyai lagu rakaman sendiri bertajuk Slide Remix atas nama pentasnya, ‘Mac Sauce’. Tonton muzik videonya dibawah.

Sumber: Inside Edition

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

69556022_432037150997621_4222556782788886120_n-tile

Dipuji Cantik Bertudung, Peminat Syukur Fasha Ditemukan Dengan Aidil

67715494_132127398058267_894142246459922835_n-tile

Wanita Berhenti Minum Air Boba Selama 4 Bulan Untuk Cukupkan Duit Ke Taiwan