in ,

Lelaki Lumpuh Akhirnya Dapat Berjalan Guna Robot Canggih Ini!

exoskeleton main

Teknologi yang berkembang pesat hari ini banyak membantu manusia dalam urusan harian. Malah dengan teknologi juga dapat menjadikan pelbagai inovasi rekaan lebih moden dan canggih.

BACA: Facebook Sedang Bangunkan Teknologi AI Untuk Dijadikan Perunding Fesyen Di Alam Maya

Ini terbukti apabila seorang lelaki dapat kembali berjalan selepas lumpuh kaki dan tangannya akibat kemalangan di sebuah kelab malam yang dialaminya pada 2015.

Thibault, 30 tahun itu memakai peranti yang diberi nama ‘exoskeleton’. Peranti ini dicipta bagi memberikan harapan supaya individu yang lumpuh atau cedera di bahagian tulang belakang untuk bergerak dan berjalan.

Thibault mencuba exoskeleton
Thibault mencuba exoskeleton

Menurut saintis yang membangunkan teknologi ini, peranti itu berfungsi dengan membaca minda si pengguna. Selain itu beliau turut memberitahu peranti  tersebut hanyalah untuk kajian rawatan namun ia mempunyai potensi untuk ditambah baik.

Menceritakan pengalamannya memakai peranti tersebut buat pertama kali, Thibault berkata dia seperti berjalan di atas bulan. Bukan itu sahaja, dia turut boleh menggerakkan tangannya.

Bagaimanapun sebelum Thibault dipakaikan peranti itu, dia menjalani pembedahan menanam implan untuk mengawal pergerakan.

Implan yang ditanam dalam otak
Implan yang ditanam dalam otak

Pakar bedah saraf di Universiti of Grenoble, Profesor Alim Louis Benabid berkata exoskeleton menggunakan sistem otak komputer yang direka untuk penggunaan dalam jangka masa panjang.

Sumber: Independent UK / The Telegraph

tular

“Berkat…”- Pak Cik Jual Rojak Buah ‘Tak kedekut’, Siap Hempas Bagi Padat!

cik b

Sekitar RM 30 Ribu, Video Cik B Ditemubual Dedah Harga ‘Penampilan’ Curi Tumpuan Netizen!