in ,

Naqiu, ‘Bintang’ Yang Kembali Bersinar!

biodata naqiu main

Nama Naqiu cukup popular pada di sekitar tahun 2000 yang ketika itu dia merupakan vokalis buat kumpulan Boboy. Satu era di zaman kegemilangan dengan New Boyz, Kristal dan ramai lagi.

BACA: Biodata Alif Satar, Selebriti Serba Boleh

Kini, namanya kembali menjadi sebutan ramai apabila Naqiu menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza 6 yang disiarkan secara langsung setiap Ahad, di Astro Ria.

Biodata

NAMA PENUH: Wan Naqiuddin Mohd Najib
NAMA POPULAR: Naqiu
UMUR: 33 Tahun
INSTAGRAM: thisisnaqiu

Kerjaya

Di awal penglibatan dalam dunia muzik tanah air pada tahun 2001, nama kumpulan Boboy menjadi ‘kegilaan’ remaja pada ketika itu. Membawakan muzik bergenre pop pada awalnya, kumpulan ini hadir dengan beberapa lagu seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Demi Masa dan banyak lagi

Untuk info, album sulung mereka berjudul Episod Cinta pernah mendapat kutipan jualan 30,000 unit. Malah ketika nama kumpulan ini menjadi satu fenomena, mereka pernah menerima tawaran sehingga empat ke lima persembahan satu hari.

Mungkin ramai yang tidak tahu di penghujung populariti kumpulan ini, Naqiu menyanyi di kelab malam untuk menyara kehidupan.

Namun dengan kerjaya sebagai penyanyi kelab malam telah mengajar dirinya untuk membawa pelbagai genre lagu seiring masa dan permintaan pelanggan.

Jadi tidak hairanlah persembahannya di pentas Gegar Vaganza Ahad lalu cukup memukau dengan suaranya yang berbeza dari dulu.

Persembahan di pentas Gegar Vaganza 6

View this post on Instagram

Saya amat berterima kasih dengan sokongan pengurusan @mindorder yg memimpin saya ke #GV6 ini. Mereka membuatkan saya kembali merasai zaman kegemilangan saya dulu dgn semangat baru, menyiapkan segala macam & plan perjalanan kerjaya seni saya. Alhamdulillah. Thanks to my new family! πŸ™πŸ»β€οΈ . Special thanks to semua keluarga saya yg tak henti memberikan sokongan. Juga buat kesayangan hati @naqiurious, sahabat & semua yg sentiasa berada di belakang saya. Alhamdulillah..πŸ’– . Terima kasih juga buat team digital saya @neonpixelofficial yg memang superb & hebat merakamkan semua momen saya utk tatapan peminat. Juga kepada designer & mekap yg cukup baik melayan saya. . Lastly, thanks to Astro atas peluang utk saya kembali menghiburkan peminat saya, kesemua juri yg mengadili & pihak produksi #GV6 yg sgt sporting & helpful. Korang the best! πŸ™πŸ» . #MindOrder #MindOrderManagement #Naqiu #NaqiuBoboy #SpecialProject #NaqiuxMindOrder #NaqiuGV19 #GegarVaganza2019 #BagilahChance #PleaseSayang

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Foto Terkini

biodata naqiu 2

biodata naqiu 3

biodata naqiu 4

biodata naqiu 5

biodata naqiu 6

biodata naqiu 1

Sumber: Wikipedia / Instagram

bola sepak wanita kepung main

Pasukan Buat ‘Kepungan’ Untuk Pemain Lawan Betulkan Hijab Di Padang Bola, Terbaik!

murid rap yakin main

Buat Persembahan Rap Di Sekolah Lagak Seperti Konsert Sendiri, Ramai Terhibur!