in

“Orang Kaya Maha Berjaya” – Gelagat Pemandu Lori Bebel Di Plaza Tol Bikin Berdekah!

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Bermula 1 Oktober baru-baru ini, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah untuk menutup semua perkhidmatan tambah nilai di plaza tol bagi mengelakkan kesesakan.

Biarpun ia sudah diwar-warkan menerusi media cetak, elektronik dan sosial media, namun masih ada yang tidak memeriksa baki wang dalam kad elektronik Touch’n Go mereka sebelum memulakan perjalanan.

BACA: [VIDEO] “Kau Ingat Kau Lori Ke?” – Rakaman Lelaki Warga Asing Bertegas Suruh Naikkan Palang Kenderaan Untuk Lalu. Tapi Masalahnya Dia…

Walaupun pelbagai kemudahan yang disediakan pihak PLUS, namun ada juga pengguna yang tidak mengambil tahu dan terus mahu menambah nilai di plaza tol menyebabkan kesesakan.

Terbaru seorang pengguna lebuhraya yang dipercayai pemandu lori tular di sosial media dengan rakamannya yang sedang membebel mengenai hal ini.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai kerana ayat yang digunakannya memang boleh berdekah! Antaranya, “mak cik ni pergi mana, beli nasi goreng ke?”, “orang kaya maha berjaya” dan lain-lain lagi.

Dalam rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu, kelihatan dua kenderaan di depan lori itu sedang beratur untuk melepasi plaza tol tersebut.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Namun dipercayai pemandu kenderaan di depannya tidak mempunyai baki wang mencukupi dalam kad Touch’n Go menyebabkan mereka perlu turun dari kenderaan untuk menyelesaikan isu itu.

Lantaran itu, pemandu lori ini terpaksa menunggu lama hanya kerana beberapa individu yang penting diri ini membuatkan dia tidak berpuas hati dan membebel.

Harapnya dengan video tular ini dapat memberi kesedaran buat pemandu di Malaysia untuk merancang perjalanan dan sediakan baki kad Touch’n Go mencukupi.

Sumber: true_ajrul

70802043_2486459538339563_6445701996974799320_n-tile

Suami & Isteri Obes Motivasi Diri Untuk Kurus Bersama, Lihat Rupa Mereka Sekarang!

video parents at convo main

Rakaman Wajah Ibu Bapa Dalam Dewan Konvokesyen Cari Anak Masuk Dewan Bikin Sebak!