in ,

Pasukan Buat ‘Kepungan’ Untuk Pemain Lawan Betulkan Hijab Di Padang Bola, Terbaik!

bola sepak wanita kepung main

Perempuan bermain bola bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah kehebatan dan kelincahan golongan ini bermain bola seiring dengan lelaki sehinggakan ia dipertandingkan di pelbagai acara dunia.

BACA: Walau Berhijab Fesyen Tetap ‘Merecik’, Lisa Surihani Jadi Wanita Inspirasi Peminat

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan acara perlawanan bola sepak yang melibatkan wanita.

Video tular

Dalam rakaman berdurasi kurang dari 30 saat itu, jelas kelihatan seorang wanita yang memakai jersi berwarna biru atau hijau itu sedang mengelecek sebelum bola sebelum tudungnya tertanggal.

Namun beberapa pemain pihak lawan berhenti bermain dan mengepung pemain tersebut bagi melindungi aurat tersebut. Sementara wanita itu membetulkan kembali tudungnya.

Tindakan pemain pasukan lawan itu mendapat perhatian ramai dengan lebih 2.6 juta tontonan serta 7,200 retweets.

Menerusi laporan Indianexpress, perlawanan bola sepak ini adalah di antara Shahab bertemu Arab Orthodox dengan dimenangi oleh pasukan Shahab. Rata-rata netizen memuji tindakan pasukan lawan itu dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Ini sebabnya bola sepak adalah yang terbaik. Bukan sekadar sukan”

“Lebih memahami dan karakter tidak pentingkan diri serta kasih sayang diperlukan dalam dunia”

“Tahap berbeza untuk permainan adil. Respek!”

Sumber: Football__Tweet / Indian Express

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kami bukan kembar main

Tergamam Terjumpa Lelaki Sama Sebiji Macam Dirinya, “Kami Bukan Kembar”

biodata naqiu main

Naqiu, ‘Bintang’ Yang Kembali Bersinar!