in ,

Peminat ‘Zoom’ Gambar Refleksi Dalam Mata Idola Untuk Cari Lokasi Rumah

EDSP1vSVUAEnwgS-tile

Ketaksuban terhadap gadis idola adalah sesuatu yang sangat membimbangkan dan telah menjadi masalah serius di Jepun selama bertahun-tahun.

BACA: Lelaki Rekod Mesej Suara Untuk Majlis Pengkebumiannya, Bikin Tetamu Berdekah!

Seperti yang dilalui Ena Matsuoka, seorang ahli idola dari kumpulan Tenshi Tsukinukeni Yomi, dia telah diserang seorang stalker yang obses dengan dirinya ketika berjalan pulang dari stesen kereta api ke rumah.

Ketika dalam tahanan, peminat obsesif itu mendedahkan bahawa dia dapat mengetahui lokasi rumah penyanyi idola itu berdasarkan refleksi permandangan yang terpantul pada mata gadis itu dalam selfie yang dimuat naik ke media sosial.

Lelaki 26 tahun itu kemudian mencari dan memadankan pemandangan itu dengan lokasi jalan dalam Google Map Street View.

Screenshot-2019-10-09-at-5.54.32-PM

Selain itu, dia juga mengakui boleh menjangkakan lokasi bilik gadis 21 tahun itu dengan memerhatikan kedudukan langsir dan pengcahayaan dalam video yang dimuat naiknya.

Jadi berhati-hatilah bila memuat naik gambar dengan resolusi yang tinggi, kerana anda bukan sahaja mendedahkan jerawat dan liang-liang roma di muka, malah lokasi anda juga boleh diketahui penghendap di internet.

Sumber: Grapee

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Digelar ‘Budak Terkuat Di Dunia’, Kanak2 Ini Boleh Panjat Dinding Macam Spider-Man!

AKSHAR_FORUM_630_630-tile

Sekolah Di India Ini Hanya Terima Sisa Plastik Sebagai ‘Bayaran’ Yuran