in ,

Pemohon Kerja Kantoi ‘Lip Sync’ Ketika Dalam Temuramah Video

GTSkypeinterview-tile

Kadang kala kita sanggup pergi jauh dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan. Seperti seorang pemohon pekerjaan dari India, dia juga sanggup mengupah orang lain untuk menjawab soalan temuramah videonya bersama majikan.

BACA: Kongsi Resipi Maggi ‘Susu’, Netizen ‘Menyesal’ Tengok

Dalam kejadian yang memalukan itu, lelaki berkenaan ditangkap sendiri oleh orang yang menemubualnya apabila dia gagal untuk menyeragamkan pergerakkan bibir dengan suara yang menjawab soalan-soalan yang ditanyakan kepadanya.

Malah pada satu saat lelaki itu dilihat kehilangan kata-kata tetapi “suaranya” masih dapat didengari.

Menyedari apa yang sedang berlaku, penemubual itu tergelak dan meminta lelaki itu untuk berhenti lipsync jawapan orang lain.

Penemubual itu kemudian menasihatkan lelaki berkenaan untuk tidak melakukan perkara itu pada masa hadapan dan dia perlulah profesional, sebelum mengakhiri temubual mereka.

Sumber: Mirror

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teachers-day-gift-chicken-talon-claude-3-5da03bd3e9147__700-tile

Guru Wanita Terkejut Dapat Ayam Dari Pelajar Sebagai Hadiah Hari Guru

page

Haiwan Cari Tempat Berteduh, Shibuya Pula ‘Diambil Alih’ Tikus Susulan Taufan Hagibis