in

Penyanyi Dari India Akui Anaknya Suka Didodoikan Dengan Dendangan ‘Selawat’

penyanyi india berzikir main

Buat mereka yang beragama Islam, mendodoikan anak dengan mendendangkan atau mendengarkan alunan selawat sudah menjadi perkara biasa. Alunan selawat yang merdu dan mengasyikkan cukup mendamaikan apabila didengari.

BACA: Video Kanak-Kanak Baca Al-Quran Sambil Dodoi Adik Dipuji Ramai!

Namun bagi seorang penyanyi dari India dan juga bukan beragama Islam, Sithara Krishnakumar, dia mengakui anaknya suka untuk didodoikan dengan alunan selawat.

Rakaman temubual penyanyi ini dalam satu rancangan tular di sosial media sejak semalam selepas dikongsikan oleh @iamjayrahman.

Menerusi video berdurasi 43 saat tersebut, wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Kerala, India itu menjawab soalan dari pengacara mengenai lagu apa yang sering dinyanyikannya untuk mendodoikan anak. Sithara menjawab ada banyak lagu dan salah satu yang menjadi kegemaran anaknya adalah satu lagu arab (selawat).

Berikut adalah petikan dari temubual tersebut:

Rakaman itu telah menarik perhatian ramai dengan lebih 67,500 tontonan dan 6,599 retweets serta 4,800 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Fuh meremang bulu roma”

penyanyi india berzikir 3

“Tertanya-tanya adakah dia tahu maksudnya”

penyanyi india berzikir 1

“Dengan aku sekali tertido kalau suara macam tu”

penyanyi india berzikir 2

Sumber: iamjayrahman

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kancil hilux main

“Hahaha, Kancil Hailak Eh?” – Kereta Diubahsuai, Ramai Terhibur Dengan Rakaman Lelaki Ini!

merajuk di stesen minyak main

Gelagat Pelanggan Ini ‘Merajuk’ Lepas Diminta Tukar Pam Lain Memang Comel!